15November2019

Agenda Daily

Teluk Intan: Ada pusat mengundi tutup awal

telukintan-sprSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu ada tempat mengundi yang akan ditutup seawal jam 4.00 petang esok, manakala ada yang jaraknya dari tempat perjumlahan undi sejauh satu jam setengah dari berkereta.

Pengarah Pilihanraya SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah memberitahu Pusat Mengundi Ladang Padang Timah akan ditutup pada pukul 4 petang, manakala pusat mengundi yang lain akan ditutup pada pukul 5 petang.

“Pusat mengundi yang paling jauh terletak di Sekolah Hulu Bernam iaitu kira-kira satu jam setengah perjalanan darat dari pusat penjumlahan undi,” kata Ahmad Adli dalam sidang media pagi Jumaat.

telukintan-bosspr

Katanya, SPR turut menjangkakan 80 peratus daripada 59,927 jumlah pengundi biasa akan keluar mengundi.

“Jangkaan ini berdasarkan peratusan yang mengundi pada pengundian awal pada 27 Mei lalu iaitu kira-kira 96 peratus daripada 410 pengundi.

“Sebanyak 947 petugas SPR termasuk 120 ketua saluran akan bertugas pada PRK itu nanti,” kata Ahmad Adli.

Menurut Ahmad Adli, SPR hari ini selesai melakukan persiapan akhir bagi menghadapi PRK Teluk Intan termasuk semakan barangan, peralatan dan dokumen yang diperlukan di 120 saluran mengundi di 35 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Untuk rekod, Parlimen Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi berdaftar dengan 410 adalah pengundi awal dan 12 lagi pengundi tidak hadir (luar negara). - 30/5/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 254  tetamu dalam talian