22November2019

Agenda Daily

Menteri KDN, IGP dan 68 polis ke Ukraine malam ini

polis70Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke Kiev malam ini bagi mengetuai 68 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Delegasi yang turut diiringi Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar itu akan menyertai pasukan polis negara lain bagi menjalankan siasatan berhubung nahas berkenaan.

"Saya dan IGP akan pergi ke Kiev, Ukraine esok mengetuai seramai 68 orang dari PDRM dalam misi MH17 bersama dengan pasukan polis negara lain," katanya di twitter rasmi beliau.

Sementara itu, pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia yang memasuki hari ketiga pada Selasa menghalang pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas MH17 di Ukraine, kata Kementerian Keadilan Belanda.

"Kumpulan pakar Belanda dan Australia tidak meninggalkan Donetsk untuk ke lokasi nahas di timur Ukraine. Ketika ini terlalu banyak pertempuran berlaku di kawasan sekitar nahas," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Di Kiev, pada Isnin, tenteranya memasuki bandar berhampiran lokasi nahas MH17 di timur Ukraine, termasuk Shakhtarsk yang terletak kira-kira 10 kilometer.

Polis Australia dan Belanda memerlukan akses untuk ke lokasi nahas bagi mencari baki mayat daripada 298 mangsa yang masih berada di kawasan itu.

Lebih 200 mayat ditemui dan dihantar ke Belanda untuk proses pengecaman. -30/7/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 239  tetamu dalam talian