22November2019

Agenda Daily

Majoriti guru sokong kerajaan - Idris

telukintan-idrisNikmat yang wujud di negara kini kerana mempunyai kerajaan yang baik sehingga mencapai pembangunan, ekonomi dan membina institusi pendidikan yang baik.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendidikan yang baik pula tidak boleh dipisahkan daripada pemerintah yang baik.

Lantaran itu, beliau menyeru warga pendidikan agar menikmati kemajuan negara ini dengan kesedaran.

Menurutnya, dalam kalangan kabinet terdapat tokoh perbankan, profesional seperti Datuk Seri Wahid Omar, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Paul Low untuk menunjukkan betapa seriusnya komitmen kerajaan untuk pastikan negara ditadbir dengan baik.

Idris berkata demikian kepada wartawan selepas bersama-sama lebih 500 orang warga pendidik di program Bicara Profesional Bersama Warga Pendidikan sempena Hari Guru 2014 di Dewan SML Seri Perak, Teluk Intan, petang Selasa.

Beliau memberitahu guru-guru perlu diberi kesedaran melalui program pemimpin turun mendekati guru supaya mereka sedar dan memahami peranan kerajaan.

Menyentuh kempen PRK Teluk Intan, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO melihat ianya berjalan lancar dan  mendapat sokongan memberangsangkan.

Ditanya tentang sokongan pendidik di kawasan tersebut, Idris berkata, “nampaknya warga pendidik memberi sokongan yang bagus, memang adalah yang tidak menyokong, kita tidak mengharapkan seratus peratus sokongan tetapi majoritinya menyokong kerajaan.”

“Saya melihat peningkatan kesedaran mereka tentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti pelan pembangunan pendidikan yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus mengangkat martabat guru-guru serta memastikan sistem pendidikan negara kita antara yang terbaik,” tambah beliau.

Diminta mengulas manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh calon PRK Teluk Intan untuk menempatkan sebuah universiti di kawasan tersebut, Idris berkata, “semua permintaan yang dibuat di kawasan ini akan dilihat untuk dipertimbangkan.”

Diajukan soalan runggutan penduduk di kawasan kampung Batu 12 dan Ayer Hitam, Teluk Intan yang mahu sebuah sekolah menangah dibina di situ, beliau berkata, “kita akan meneliti keperluan tersebut.”

“Membina sekolah bukan perkara baru, kita akan memberi keutamaan di mana yang perlu, kerajaan akan terus membantu dan pastikan bina mana sekolah yang perlu,” ujarnya.

Idris selepas itu melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Cecily dan beramah mesra dengan petugas dan jentera parti yang membantu kempen PRK tersebut.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 242  tetamu dalam talian