17Oktober2019

Liow turun tugas rasmi pertama sebagai Menteri Pengangkutan

liow1xxPada Sabtu, Datuk Seri Liow Tiong Lai turun padang melakukan tugas rasminya sebagai Menteri Pengangkutan untuk mengiringi  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat 'Park N Ride' Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.

Setelah selesai perasmian, biasanya Muhyiddin yang akan menjadi buruan , tetapi media yang memahami Timbalan Perdana Menteri itu kurang sihat, tidak berbuat demikian, sebaliknya mereka meluru kea rah Liow setelah beliau mengiringi Muhyiddin ke keretanya meninggalkan majlis.

Agendadaily terus jolok presiden MCA itu dan bertanya sama ada dia akan serahkan hal MH370 kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memandangkan bekas pemangku Menteri Pengangkutan itu telah mengendalikannya sejak mula dengan baik.

“Saya akan berjumpa dengan beliau Isnin ini dan kita akan bincang secara mendalam tentang bagaimana kita hendak mempertingkatkan pencarian MH370. Sebab kita ada empat jawatankuasa dari kementerian berbeza.

“Jadi bukan semuanya daripada Kementerian Pengangkutan tetapi juga Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar. Kita juga ada mesyuarat yang penting berhubung MH30 dan akan buat pengumuman kemudian,” katanya.

Ditanya bagaimana rasanya kembali bertugas sebagai Menteri setelah sekian lama tidak memegang jawatan kabinet, Liow berkata jawatan menteri yang diberikan kepadanya adalah satu tanggungjawab yang berat dan amat penting untuk membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjayakan transformasi negara.

liow3xx

``Saya memang bermula bersama Perdana Menteri sejak pelan transformasi negara diumumkan tetapi pada masa itu saya adalah Menteri Kesihatan, dan sekarang saya bertukar di Kementerian Pengangkutan.

“Saya rasa misinya sama, iaitu untuk menjayakan transformasi negara, oleh itu saya akan pastikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telah ditetapkan Kementerian Pengangkutan dapat dilaksanakan dengan baik dan cepat,'' katanya.

Liow tenang sahaja bila diminta mengulas mengenai wujudnya segelintir pihak yang “bising” sebaik Perdana Menteri mengumumkan pelantikan baharu lima wakil MCA dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam barisan jemaah menteri dan timbalan menteri termasuk menamakan Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan.

“Saya yakin yang kita buat memang ada kritikan dan andaian tetapi yang penting adalah tanggungjawab dan misi kita, serta bagaimana MCA boleh melaksanakan transformasi dalam parti dan untuk negara. Saya komited pada transformasi parti MCA dan akan teruskan komitmen ini,” katanya.- 28/6/14.-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 263  tetamu dalam talian