20Julai2019

Daftar pengundi: Kaum Cina paling ramai, Bumiputera paling sikit

pengundi-cinaKenyataan yang memilukan...Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Negara bahawa kaum Cina paling ramai mendaftar sebagai pengundi manakala  kaum Melayu dan bumiputera paling sedikit.

Menurut beliau, kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30 peratus daripada kalangan mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23 peratus.

Sedangkan, kaum Melayu dan bumiputera pula adalah yang paling sedikit mendaftar iaitu tidak sampai 50 peratus meskipun komposisi kaum itu sebanyak 67 peratus.

"Bagi kaum India pula, jumlah yang mendaftar adalah tujuh peratus daripada komposisi kaum itu sebanyak tujuh peratus di negara ini jadi maksudnya, kaum Melayu dan bumiputera adalah yang paling sedikit," katanya dalam sidang Dewan Negara Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Shahidan berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencecah umur 21 tahun.

Katanya, pelaksanaan sistem itu melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan justeru, jika mahu dilaksanakan, beberapa pindaan terhadap undang-undang berkaitan perlu dibuat.

"Kalau kita laksanakan secara automatik, ini akan menimbulkan masalah malah mereka ini bila sudah cukup umur mahu mengundi di tempat yang mengikut kawasan masing-masing.

"Selalunya mereka mengundi di tempat yang alamatnya dipilih, namun dalam masa lain sesetengah orang mahu mengundi di kampung halaman jadi yang penting di situ adalah jangan sampai timbul satu rumah 40 alamat," katanya.

Sementara itu, menurut Shahidan, SPR tetap membenarkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela dan parti politik untuk bergerak aktif bagi menggalakkan rakyat mengundi.

"Bagaimanapun, ada kontrak yang sudah habis dan tidak disambung kerana ada beberapa masalah, namun kita sedang kaji untuk benarkan mereka terus menjalankan aktiviti itu," katanya.-30/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian