15Ogos2020

Agenda Daily

Gani Patail tolak lepas jawatan sebagai Peguam Negara

Berdepan pelbagai tohmahan dan digambarkan ‘tidur’ kerana didakwa tidak menjalankan tugas dan berat sebelah , Tan Sri Abdul Gani Patail menolak untuk melepaskan jawatannya selagi khidmat beliau diperlukan.

Sebaliknya, Peguam Negara itu berazam dan janji mahu melaksanakan tugasnya sebaik  baik.

Malah tambahnya, beliau bertgas menunaikan segala tanggugjawab yang terletak di bahunya mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Selagi saya masih memegang jawatan ini, selagi itu saya akan selesaikan kerja saya sehabis baik.

“Saya tidak berlakon, saya juga tidak popular macam orang lain. Saya ikut undang-undang,” katanya bagi menjawab kepada tuduhan ramai yang mengatakan beliau hanya berlakon dalam melaksanakan tugasnya dan didesak melepaskan jawatan.

Menurut Gani, pejabat Peguam Negara  sentiasa ingin  melakukan yang terbaik mengikut undang-undang bagi memastikan tiada kesilapan yang dapat beliau lakukan.

Ini sudah cukup jelas apabila kes yang dikemukakan kepadanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah

“Faktanya, mari kita lihat satu-satu yang kena tuduh ini, dan ada lagi yang akan dituduh esok dan kemudiannya, maksudnya apa? Kami ambil tindakan bukan?

“Yang mana, saya dan Ketua Polis Negara akan ambil tanggungjawab ini dan kami akan selesaikannya,” tegas Gani kepada bnbbc.my.

Walaupun mengakui wujudnya kekangan dalam melaksanakan tugasnya, beliau sesekali tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya demi memastikan undang-undang di dalam negara berjaya ditegakkan dan diikuti.

“Saya tidak boleh buat apa, saya perlu mengikut undang-undang yang ada. Saya seorang profesional.

“Memang saya akui kami ada masalah dalam mencari sesuatu kes itu, tapi sepanjang yang kami maklum, kami perlu ikut undang-undang, sebab kami tidak boleh lari dari undang-undang.

“Sebab bila kami pergi ke mahkamah, kami perlu gunakan undang-undang. Saya mungkin ada sentimen peribadi saya, tapi itu saya simpan untuk saya sendiri,” jelasnya .-9/8/2014 –bnbbc.my

BERITA BERKAITAN

Peguam Negara diminta berundur secara terhormat

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 372  tetamu dalam talian