21November2019

Agenda Daily

Engkar pada Speaker...dua MP PKR dihalau dari Dewan Rakyat

parlimen100Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh tak sudah-sudah dengan kisahnya nak bercakap tentang projek Lynas sekalipun kilang berkenaan sudah disahkan selamat.

Pagi Selasa gara-gara engkar arahan Speakar Dewan Rakyat ,Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau diperintah keluar dari sidang Dewan Rakyat.

Rakannya Ahli Parlimen PKR Padang Serai,N Surendran yang cuba mencelah masuk campur juga juga kena tindakan sama.

Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkaitan projek Lynas.

Semasa Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat untuk menjelaskan mengapa usul itu ditolak.

Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: "Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.

"Yang Berhormat, saya tahu yang Berhormat apabila berdiri mengenai petisyen terpaksa juga rujuk point of order 14F," tegas Pandikar.

"Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan saya maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan," katanya.

Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.

Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat .

Semalam Isnin adalah hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan pada November tahun lepas, tamat tempoh.-17/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 271  tetamu dalam talian