20Julai2019

Empat angkat sumpah senator

parlimen513Empat individu masing-masing dua dari MIC dan dia dari MCA mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Mereka adalah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung; Ketua MIC Bahagian Klang, Datuk S. Vigneswaran M.Sanasee; Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Datuk Goonasakaren Raman dan Pengarah Eksekutif Axisjaya Sdn Bhd, Datuk Chai Kim Sen.

Dr. Kok Chung merupakan Naib Presiden MCA dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Negeri Kelantan.

S. Vigneswaran pula merupakan bekas Ketua Pemuda MIC Kebangsaan dan kini masih memegang jawatan Pengerusi Kelab MIC London Utara selain memegang jawatan Pengerusi Koperasi Pembangunan Belia India Berhad dan wakil Aman Malaysia.

Dua lagi senator baru ialah Goonasakaren,55, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Pahang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC.

Sementara itu, Cha Kim Sen, 50, pula merupakan Pengerusi MCA bahagian Seputeh, Ketua Penerangan MCA Kebangsaan juga Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan.

Abu Zahar dalam ucapannya mengingatkan Anggota Dewan Negara supaya memahami, menghayati, mendukung dan mempertahan Perlembagaan negara, selain memperkasa Dewan Negara sebagai institusi bermaruah, berkredibiliti, berintegriti serta komited kepada kepentingan negara dan rakyat.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya menjaga tingkah laku, menerapkan sikap hormat-menghormati dan sopan semasa membahaskan hujah di Dewan Negara.-23/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 601  tetamu dalam talian