22November2019

Agenda Daily

Dyana boleh menang jika mengundi Ahad : Kit Siang

kitsiang300Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat sekiranya pengundian pada hari Ahad, calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud boleh menang kerana pengundi luar berpeluang balik mengundi pada PRK Teluk Intan, semalam.

Malah katanya, cukup hanya 400 pengundi luar di kerusi Parlimen Teluk Intan pulang untuk mengundi, kerusi Parlimen itu sudah pasti kekal milik DAP.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata, keputusan sudah pasti memihak kepada Dyana Sofya jika tarikh pengundian dilakukan pada hari ini (Ahad).

dyanaLKS“Jika 400 pengundi luar atau 1% daripada 40,236 pengundi keluar mengundi di Teluk Intan, Dyana Sofya akan menjadi ahli Parlimen Teluk Intan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Lim berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi luar tidak mempunyai masa untuk pulang ke Teluk Intan kerana ia diadakan pada Sabtu.

“Jika PRK Teluk Intan diadakan hari ini, Ahad, pengundi sudah pasti boleh pulang ke Teluk Intan untuk mengundi dan keputusannya sudah pasti berbeza.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan kita,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangan beliau.

Mah menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi sekaligus merampas kerusi Parlimen Teluk Intan yang dimenangi DAP sejak 2008.

“Dyana mungkin tewas dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei, tetapi apa yang penting, kehadirannya mewakili Malaysia baru untuk memenangi perjuangan hari esok dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap politik baru.

“Perjuangan mencapai impian rakyat Malaysia diteruskan bermula semalam,” katanya.-1/5/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 254  tetamu dalam talian