22November2019

Agenda Daily

DAP mahu Khalid diganti kerana sukar dirasuah - Zam

Punca sebenar DAP menggelarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘pengkhianat’ adalah kerana beliau sukar dirasuah, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam artikel terbaharu dari blog beliau, Zainuddin berkata krisis politik di Selangor yang berpunca dari perebutan jawatan menteri besar ketika ini adalah kerana Abdul Khalid dilihat sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik dan beliau telah mengecewakan pihak–pihak yang mahukan kuasa pentadbiran terutamanya berkaitan sumber kewangan negeri.

“Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP,” katanya dalam zamkata.blogspot.com.

Katanya lagi bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah dan mereka terlalu malu untuk melakukannya sesama sebangsa.

Selain itu ahli perniagaan dikalangan parti DAP mengharapkan peluang untuk membuat keuntungan dari Abdul Khalid namun telah terbukti beliau bukan seseorang yang mudah dibeli.

“Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka,” tulisnya lagi.

Abdul Khalid juga menurutnya tidak pandai bermain politik dan kerana itu beliau tidak popular ketika bersama UMNO.

Zainuddin juga mendakwa tindakan DAP menyokong presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar kerana DAP berpendapat Khalid tidak dapat memberikan sumbangan kepada parti itu.

“Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira  mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik,”

“Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah,kroni dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah menerima cadangan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid dan mengisi jawatan itu.

Namun presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melahirkan sokongan untuk Abdul Khalid terus menjawat jawatan itu sehingga tamat penggal.-4/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 238  tetamu dalam talian