12November2019

Agenda Daily

BN di Perak kini lebih kukuh

najib-bnperakKedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri Perak terus diperkukuh susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi tadi.

“Kemenangan Datuk Mah Siew Keong dan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini membayangkan pengukuhan Barisan Nasional di negeri Perak.

“Kita harus terus bersatu dan berusaha dalam membawa agenda pembangunan agar negara terus kekal aman dan makmur,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Pada PRK 31 Mei itu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN.-14/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 282  tetamu dalam talian