17Oktober2019

Belum ada laporan JE merebak ke Perak

babikenatembakSetakat ini belum ada laporan berlakunya penularan virus Ensefalitis Jepun (JE) di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.

Bagaimanapun, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak serta Jabatan Kesihatan negeri sentiasa menjalankan pemantauan bagi mengelak berlakunya penularan virus tersebut.

"Tiada kes (virus JE) dilaporkan tahun ini, walapun terdapat satu kes dilaporkan pada tahun 2011 dan sebanyak dua kes dilaporkan pada 2012," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian penutup Explorace Jom Hapus Aedes di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun di sini Jumaat.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak sedang mengumpul sampel darah babi daripada kesemua 124 pusat ternakan khinzir di negeri itu untuk diperiksa sebagai langkah awal mengelak kemungkinan berlakunya penularan virus JE.

Kesemua sampel dianalisa bagi memastikan tidak berlaku penularan sama ada melalui ternakan itu sendiri atau pemindahan haiwan itu dari negeri lain.

Mengenai wabak denggi, Mah berkata pada tahun ini sebanyak 2,834 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh Januari hingga minggu lepas berbanding 934 kes tempoh sama tahun lepas.

"Dalam tempoh yang sama terdapat tujuh kematian denggi dilaporkan manakala tiada kes kematian untuk tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata pelbagai usaha dijalankan bagi mengekang penularan wabak denggi antaranya melakukan aktiviti gotong-royong dan program ceramah.

"Saya menyeru agar setiap masyarakat dapat memastikan tiada pembiakan Aedes di sekeliling rumah dengan membuat pemeriksaan di dalam dan di luar rumah sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu serta menghapuskan tempat berpotensi untuk pembiakan Aedes ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihak penganjur memilih kampung itu sebagai lokasi program kali ini kerana kawasan berkenaan mengalami wabak denggi selama 16 hari bermula 18 Jun lepas dengan 12 kes.

Katanya penduduk di kawasan itu dan sekitarnya sangat berisiko untuk mendapat jangkitan demam denggi.-4/7/2014 *gambarhiasan

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 239  tetamu dalam talian