19November2019

Agenda Daily

Azizul sementara waktu bertugas di ibupejabat Tourism Malaysia

sweden-azizulxxAzizul Raheem Awalluddin yang pulang ke Malaysia dari Sweden petang Selasa setelah menjalani tahanan tiga bulan di sana ,buat sementara waktu akan ditempatkan di bahagian sumber manusia di ibupejabat Tourism Malaysia.

Hal ini diberitahu oleh Ketua Pengarahnya Datuk Mirza Mohd Taiyab pada wartawan di Putrajaya Selasa malam.

Beliau turut menyifatkan hari ini sebagai hari yang menggembirakan bagi seluruh kakitangan agensi itu apabila bertemu kembali Azizul Raheem yang baharu dibebaskan.

Azizul yang tiba di KLIA dari London dengan pesawat MAS pada 6.30 petang disambut oleh anak-anaknya serta saudara mara.

Sementara itu, Azizul Raheem begitu teruja kerana dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan anggota keluarganya selepas lebih dua minggu berbuka puasa di penjara.

"Saya anggap ia sebagai hadiah sempena Nuzul Al-Quran hari ini," katanya tersenyum.

Anak sulungnya Aishah, 14, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat berbuka puasa bersama bapanya dan meraikan Aidilfitri bersama.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas atas kesalahan memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun hukuman penjara itu dikurangkan dan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.- 15/7/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1315  tetamu dalam talian