19November2019

Agenda Daily

Penoreh tertekan... harap bantuan kerajaan

Penoreh getah kini berdepan situasi sukar selepas tidak mampu membeli barang keperluan harian ekoran kejatuhan harga komoditi itu.

Ia diluahkan penoreh getah di Kampung Katong Arau Perlis yang memperoleh pendapatan RM10 sehingga RM15 sehari, ada kalangan mereka melakukan kerja sampingan atau “mengikat perut”.

Beberapa penoreh getah merungut demikian dan berharap campur tangan kerajaan Pakatan Harapan membantu golongan seperti mereka.

Hazmi Isa, 34, mengakui kesempitan memaksa beliau melakukan kerja sampingan demi menyara keluarga dan dua anaknya yang masih kecil.

“[...] Dahulu janji hendak membela nasib golongan ini, namun apabila berkuasa, keadaan berlaku sebaliknya,” katanya, mengharapkan bantuan kerajaan.

“Setiap hari hanya sebut pasal hutang negara sehingga banyak perkara lain seperti golongan penoreh getah dan pekebun kecil ini diabaikan,"katanya dipetik Utusan Online.

Seperti penoreh lain, Mat Dali Saad, 66, turut mengakui beliau kadangkala terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu membeli barang keperluan.

Beliau berkata kesusahan mereka berikutan harga jualan getah sekerap yang sebelum ini RM10 sekilogram kini turun kepada RM2.30 sekilogram.

“Itu hakikat yang bukan sahaja dihadapi oleh saya, malah penoreh-penoreh getah yang lain. Jika dahulu, ada juga bantuan daripada kerajaan, sekarang sudah tiada,” katanya.

Seperti Hazmi, Amirul Muslimin Azizan, 32, juga berharap belanjawan yang dibentang Jumaat ini dapat memberi tumpuan kepada nasib penoreh getah.-30/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1165  tetamu dalam talian