12November2019

Agenda Daily

Penganalisis ekonomi beri amaran... ramai yang akan hilang kerja

Purata 1,625 orang dibuang kerja setiap bulan  tahun ini, itu penemuan penyelidik kewangan dan ekonomi global Matthew Oxenford.

Tahun lalu sahaja seramai 35,000 individu hilang pekerjaan manakala dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, angka itu sudah mencecah 13,099 diberhentikan kerja setiap bulan dengan pelbagai alasan.

Jumlah 13,099 itu tidak termasuk pembuangan dalam sektor kerajaan membabitkan pelbagai jawatan lantikan politik serta agensi yang sebelum ini dimansuhkan selepas peralihan kuasa pemerintahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Ini bermakna, jumlah untuk tahun ini sebenarnya lebih besar daripada data diperoleh, ditambah pula kesan keadaan ekonomi global yang kian meruncing sehingga menyebabkan kebanyakan syarikat terpaksa mengambil langkah penjimatan demi memastikan kelangsungan perniagaan.

Menurut laporan portal Chatham House, banyak kesan langsung masih dikesan aktif sehingga ke hari ini akibat masalah kegawatan seperti kadar hutang dalam kalangan negara maju selain isu pengangguran berbanding keadaan sebelum 2008.

“Meskipun menurun namun jumlah hutang dan pengangguran masih jauh lebih tinggi berbanding sebelum krisis sebagai contoh hutang kasar negara maju masih berada pada tahap 106 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berbanding 72 peratus pada 2007.

“Pengangguran di Eropah masih tinggi seperti di Sepanyol lebih 15 peratus dan 20 peratus di Greece,” katanya.

Malaysia turut menerima tempias dan dijangka berlarutan hingga tahun hadapan yang mungkin memperlihatkan lebih ramai bakal hilang pekerjaan disebabkan pelbagai faktor termasuk landskap politik.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor menyifatkan majikan di negara ini tidak dapat membuat keputusan sepanjang tahun ini berikutan perancangan dan hala tuju pentadbiran negara yang masih tidak jelas.

“Jika tahun ini secara purata lebih 1,600 pekerja dibuang setiap tahun, tidak mustahil majikan akan melaksanakan proses pengurangan kos dengan memberhentikan lebih ramai pekerja pada tahun hadapan.

“Justeru, kerajaan perlu kurangkan `berpolitik’ dan menumpukan kepada usaha membangunkan negara dengan memberi penjelasan dan hala tuju yang terbaik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.-29/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 256  tetamu dalam talian