Pelabur antarabangsa lupus RM69 juta saham tempatan dalam masa seminggu!!!
- Terakhir dikemaskini: 09 Oktober 2018
Apa yang tidak kena dengan dasar kerajaan baru sehingga pelabur antarabangsa melupuskan RM69 juta ekuiti tempatan di Bursa Malaysia minggu lepas, aliran keluar asing mingguan kedua terendah direkodkan setakat tahun ini.
Nampaknya selepas lima bulan memerintah, keyakinan pelabur masih belum pulih.
Menurut MIDF Research, selepas tiga minggu mencatatkan aliran masuk asing ke dalam pasaran, pelabur antarabangsa kembali beralih kepada mod jualan walaupun dengan kadar lebih kecil.
“Bagaimanapun, Malaysia menyaksikan penurunan asing paling rendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang kami pantau minggu lalu,” jelas MIDF Research dalam laporan aliran mingguan pada Isnin.
Firma penyelidikan itu berkata, bursa menyaksikan aliran masuk RM19.7 juta pada Isnin, namun mencatatkan aliran keluar RM36.2 juta pada Selasa meskipun dengan semakan semula pakatan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
“Pelabur antarabangsa kembali ke dalam pasaran pada Rabu dan Khamis apabila mereka membeli RM70 juta saham tempatan pada kedua-dua hari terbabit.
“Menariknya, pelabur asing di negara serantau lain iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia mengurangkan pendedahan mereka dalam tempoh sama,” jelasnya.
MIDF Research berkata, dana luar pesisir itu kembali kepada mod jualan pada Jumaat dengan menjual RM209.3 juta, tertinggi dalam tempoh 16 hari dagangan.
“Bursa tempatan turut terjejas dan susut 0.72 peratus kepada 1,777 mata pada hari sama, penutupan terendah sejak akhir bulan Julai lalu,” ujar kenyataan itu.-9/10/2018