21November2019

Agenda Daily

Najib tanya MP PH... saya atau Parlimen yang tidak relevan ?

Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sama ada beliau atau Parlimen yang tidak relevan.

Bekas Perdana Menteri itu menerusi perkongsian dalam laman sosial Facebooknya berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sebelum ini menyatakan ketiada menteri ataupun timbalan menteri di Dewan Rakyat semasa beliau membahas Selasa lalu kerana beliau sudah dianggap tidak relevan lagi.

Menurutnya, keesokkan harinya, beliau turut membalas kenyataan Kit Siang berkenaan, walaupun beliau tiada di Dewan Rakyat, menteri-menteri dan timbalan PH juga 'hilang'.

“Pagi semalam saya juga tidak ada di Dewan Rakyat, tetapi menteri-menteri PH tetap hilang.

“Soalan saya kepada Kit Siang ialah menteri-menteri PH anggap saya tidak relevan ataupun mereka anggap Parlimen tidak relevan? Soalnya, pada Jumaat.

Semalam Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon meminta menteri dan timbalan menteri untuk lebih berdisiplin menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, walaupun mempunyai tanggungjawab lain sebagai anggota pentadbiran kerajaan, namun mereka perlu mengatur jadual tugas dengan baik agar boleh juga hadir ke Parlimen.-16/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 273  tetamu dalam talian