20November2019

Agenda Daily

Muhyiddin melengkapkan Anwar kata Rafizi

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar dilantik timbalan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ketua umum PKR menjadi perdana menteri.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli dalam wawancaranya dengan The Star menyatakan jika pemimpin partinya menjadi timbalan, ia membawa makna negatif.

“[Muhyiddin] boleh melengkapkan Anwar. Mereka berdua daripada generasi yang sama. Kedua-duanya ada pengalaman paling lama dalam kerajaan,” katanya.

Rafizi juga berkata Muhyiddin lebih tenang berdepan masalah dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) seperti sewaktu pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Jumaat lalu, Anwar menegaskan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan melepaskan jawatan timbalan perdana menteri apabila beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad nanti.

Muhyiddin, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bagaimanapun berdepan masalah barah dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi setelah pembedahan di Singapura baru-baru ini.-17/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 221  tetamu dalam talian