22September2019

MP UMNO Baling ditahan SPRM...

Sudah boleh jangka, ugut dan pujuk berjalan serentak... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa telah menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada pukul 11 pagi ini ketika hadir di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dipercayai ditahan bersama salah seorang adiknya.

Pada 23 Mei lalu, SPRM merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediamannya.

Serbuan itu dilakukan kerana Abdul Azeez dikatakan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan projek di bawah seliaan kerajaan terdahulu bagi syarikat berkepentingan dengannya.

Bagaimanapun tuduhan tersebut dinafikan Azeez.

Timbalan Ketua Pesuruhanjaya (Operasi), SPRM, Datuk Seri Azam Baki dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan itu.-25/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 785  tetamu dalam talian