22September2019

Manifesto: Nak malukan BN, tapi kini PH yang malu - PM

Ini pengakuan terus terang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di New York berkaitan dengan janji-janji yang tidak dapat dilaksanakan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, pada mulanya beliau sendiri tidak yakin PH boleh menang pilihan raya umum lalu dan manifesto hanya untuk memalukan Barisan Nasional.

Bercakap di Institut Dasar Masyarakat Asia Amerika Syarikat, perdana menteri  berkata apabila PH menguasai Putrajaya, janji dalam manifesto itu menyebabkan kerajaannya menerima malu.

Jawapannya “sebab itulah kami menghasilkan manifesto panjang dan perinci bagi memalukan dan menekan kerajaan pentadbiran BN” menarik minat 300 hadirin majlis tersebut.

“Tetapi sekarang kami pula dalam kedudukan yang memalukan kerana harus memenuhi perkara-perkara tidak wajar dalam manifesto, tetapi kita tetap akan melakukannya,” kata Dr Mahathir.

Untuk rekod, beberapa bulan sebelum pilihan raya Mei lalu, beliau yang juga pengerusi PH mengingatkan sebahagian manifesto itu sukar dilaksanakan dan kenyataan pemimpin gabungan itu tidak boleh diterima.-28/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 636  tetamu dalam talian