16Jun2019

Mahathir dikelilingi 'lebih banyak lalang dari padi' - Khir Toyo

Bekas menteri besar Selangor menyifatkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa ini jauh berbeza dengan “Mahathir” yang dulu.

Menganggap kerajaan dalam “kekalutan”, Dr Mohamad Khir Toyo kesal kerana perdana menteri berulang kali menyebut pentadbirannya disabotaj kakitangan kerajaan.

Sedangkan, beliau berkata ramai kakitangan kerajaan “rindu dengan kepimpinan Dr Mahathir yang mereka kenal dulu” ketika beliau masih perdana menteri keempat.

“Harapan menggunung itu kini hancur bila mereka sedar Tun Mahathir hari ini jauh sekali berbeza dengan Tun Mahathir (yang) dulu,” coretnya di Facebook hari ini.

Justeru, Dr Mohamad Khir menasihati Dr Mahathir supaya berhati-hati dengan orang sekelilingnya khususnya menteri yang “hebat dimulut” tapi “kosong” tindakan.

Beliau juga mendapati perdana menteri dikelilingi menteri “lebih banyak lalang dari padi” berikutan kerajaan tiada arah tuju jelas selain menyalahkan kerajaan lama.

“Natijahnya hingga ke hari ini tiada perkara baru yang mereka lakukan kecuali mengulangi polisi lama dengan jenama baru”.

Beliau bimbang ia membawa “petaka kepada negara” kerana menteri “cuci mulut, kaki dan tangan” apabila hasil kerja “haru biru” lalu menyalahkan pegawai kerajaan.

“Depan mereka bercakap petah menyalah orang lain bagai lalang tegak tinggi lakunya, kerana mereka tak mampu jadi padi maka padilah dipersalahkan, mengapa ada padi dibendang sedang lalang tumbuh melata”.-13/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 504  tetamu dalam talian