18Mac2019

KJ kecam DAP dakwa politik kaum punca negara merosot

Khairy Jamaluddin mengecam kenyataan dua wakil rakyat DAP yang mahu parti itu menyokong usaha menggunakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bekas menteri itu berkata kenyataan bersama ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Pahang, Chow Hu Yui dan Chiong Yoke Kong tidak boleh diterima kerana mahu hak semua kaum di Malaysia menjadi sama rata.

"Saya tidak suka mengamalkan politik perkauman, tetapi kenyataan oleh dua ADUN DAP ini yang dimuat di laman dapmalaysia.org tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Chow dan Chiong mahu parti itu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka berkata dasar itu perlu diganti secara beransur-ansur sekaligus menghentikan politik perkauman dengan menyokong ICERD di parlimen.

Tambah mereka, politik berasaskan perkauman merupakan penyumbang kemerosotan negara, malah memusnahkan perpaduan negara.-12/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 794  tetamu dalam talian