22September2019

Hisham bersuara semula... kritik UMNO tak letak calon di PD

Selepas lebih empat bulan menyepi... bekas naib presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein kembali bersuara mempertikaikan keputusan UMNO tidak bertanding di Port Dickson.

“Ia (tindakan tidak meletakkan calon) tidak akan berakhir di situ. Ia akan memerlukan kepimpinan parti turun padang, menjelaskan kepada anggota-anggota kita di situ (Port Dickson) tentang apa yang mereka perlu buat apabila tibanya pilihan raya.

“Ia sama ada adakah mereka perlu mengundi pembangkang (pihak lawan), adakah mereka langsung tidak perlu mengundi atau apa akan terjadi sekiranya mereka mengundi pihak lawan kerana jika itu berlaku, mereka akan dituduh mengundi lawan yang akhirnya sebabkan mereka kena tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti,” kata Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama UMNO Tebrau di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Samsol Bari Jamali dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Hishammuddin berkata beliau percaya anggota-anggota UMNO di Port Dickson mahukan kepimpinan parti yang memberikan hala tuju jelas kepada mereka, dan malah beliau juga telah menasihatkan pucuk pimpinan agar berhati-hati dengan keputusan diambil.

Untuk rekod, Hishamuddin sebelum ini mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bincang masa depan negara.-26/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 237  tetamu dalam talian