20Julai2019

Apabila PM minta maaf…

zahidhamidibajumelayuMengakui kesilapan dan kemudian meminta maaf adalah antara sikap terpuji dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sanggup berbuat demikian mewakili parti dan kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri menzahirkan permohonan maaf atas kekhilafannya sebagai pemimpin parti dan kerajaan di akhir ucapan dasar Presiden  sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, pagi Khamis.

“Bumi mana tak ditinpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersadung atau tersalah,”

“Di atas segalanya, sebagai pemimpin parti dan kerajaan, kami menyusun jari sepuloh memohon maaf atas kekhilafan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, jarang pemimpin sanggup meminta maaf.

“(Itu) Bukan kerana dosa besar tetapi kita sebagai manusia biasa ada kelemahan biasa ada kelemahan, bukan bersifat maksum. Mustahil,  sebagai pemimpin di negara masyarakat majmuk dapat penuhi kehendak semua kaum agama dan bangsa,”

“Kelemahan itu dimaksudkan Najib apabila meminta minta maaf dan bersedia membaiki kelemahan tersebut,” katanya dalam sidang media oleh Naib-Naib Presiden UMNO di PWTC.

Menurut Menteri Pertahanan itu, sikap keterbukaan Presiden UMNO itu tidak ada pada pemimpin lain. Ini kelebihan dan sifat terpuji Najib sebagai pemimpin,” katanya.

Mengulas lanjut ucapan Presiden, Zahid senada dengan Najib mengingatkan ahli-ahli UMNO dan rakyat, menukar kerajaan bukan semudah menukar baju setiap hari.

Malah katanya, uji kaji sudahpun berlaku apabila rakyat lima negeri sudah beri kesempatan kepada pihak yang berjanji untuk bawa perubahan pada 2008.

“Apakah yang terbaik sudah mereka lakukan selama satu penggal memerintah negeri mereka dapat berbanding kerajaan BN yang lalu?,”
   
“Presiden pun sebut apa Kelantan buat selama 22 tahun..soal air pun tak selesai. Perkara ini harus difikirkan rakyat.  Ini soal beri mandar kepada parti yang ada track rekod baik,” katanya.- 29/11/2012-OLEH ROSLAN BIAN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 346  tetamu dalam talian