22September2019

Al Fatihah... bekas ADUN Tahan meninggal dunia di Sri Lanka

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Sri Lanka petang tadi.

Wan Amizan, 46, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Colombo, Sri Lanka beberapa jam selepas doktor selesai mengambil sampel untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

Menurut sumber, beliau mendapat panggilan mengatakan Wan Amizan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang ini (waktu Malaysia).

Katanya, Wan Amizan bersama tiga pembantunya berlepas ke Sri Lanka Selasa lalu untuk menjalani pemeriksaan perubatan di sana.

“Isteri dan anak-anak Allahyarham berlepas ke Sri Lanka jam 9 pagi tadi sebaik sahaja mendapat maklumat tekanan darah Allahyarham menurun dan berada dalam keadaan tidak stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merupakan ADUN Tahan selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun pada PRU14, Wan Amizan gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi.-1/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 611  tetamu dalam talian