30Mei2020

Agenda Daily

Wanita muda... senjata rahsia pelemah Anwar di DUN Kajang

anwarxxc513Sungguhpun Dewan Tertinggi BN belum bermesyuarat menentukan siapa wakili gabungan itu di pilihanraya kecil DUN Kajang. Namun dari semua indikasi yang ada, kerusi itu kekal milik MCA.

BN secara tradisinya hanya bertukar kerusi dalam pilihanraya umum sahaja, bukan ketika pilihanraya kecik, siapapun calon lawan,  BN tidak tergugat. Di Ijok 2007, calon muda MIC Cikgu Partiban lawan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menang.

Lama sebelum itu, di Ampang, dalam satu PRK mengejut tahun 1989, calon muda MCA, Ong Tee Kiat mengalahkan calon Semangat 46 bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris.

Melihat kepada faktor demografi penduduk, dengan lebih 40 peratus kaum Cina, maka amat sesuai MCA terus bertanding di situ.

UMNO akan dilihat sebagai pembuli jika ambik kerusi MCA hanya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai untuk mewakili BN.

Jika dilihat pada jantina pengundi, majoritinya adalah wanita, seramai 19,666 dari keseluruhan 39,278 pengundi.

Dari feedback yang dikumpulkan Agendadaily di Kajang, ramai yang mahu calon wanita muda yang berkebolehan sebagai resepi kejayaan MCA.

Dari bacaan awal, undi penyokong UMNO dikalangan Melayu tidak akan lari, undi Melayu PAS akan menurun lima ke sepuluh peratus, dan undi Cina belum tentu Anwar dapat setinggi masa PRU13 lalu.

Cuma calon BN perlu solid, kemas dari segi kredibiliti, penampilan dan kebolehan.

hoonglinAda cakap-cakap orang macam Chew Hoong Ling (gambar kanan), bekas calon BN dari MCA di Parlimen Petaling Jaya Utara PRU13 patut diketengahkan.

Beliau mempunyai pesonaliti yang baik, terkenal dengan NGO yang terlibat berkempen menderma organ.

Orangnya masih muda, diketengahkan BN untuk lawan Tony Pua dalam PRU13, dan dalam riuh-riuh itu-ini, imejnya tidak sempat digilap.

Perlawanan dalam PRK lain seninya... seluruh Malaysia akan bertumpu di Kajang, jika calon cukup berwibawa, penat Anwar nak kejar.

Menang kalah belum tahu, tapi ada perlawanan dan jika calon sesuai, pengundi senang buat pilihan.

Nama-nama lain dalam senarai katanya Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Chong Sin Woon kedua-duanya dari Selangor.

Chew Mei Fun orang lama, sudah ada pengalaman dalam sepak terajang politik manakala Ching Sin Woon orang muda yang baru menang pemilihan MCA.

Selain dua tokoh MCA Pusat itu, parti berkenaan turut menerima tiga lagi nama daripada MCA Bahagian Hulu Langat yang mahukan anak tempatan menjadi calon.

Mereka ialah Ketua Pemuda MCA Hulu Langat, Pang Wai Hoong; Ketua Wanita MCA bahagian itu, Loh Lai Kuen dan bekas calon BN di kerusi DUN Kajang PRU13, Lee Ban Seng.

Satu sumber memberitahu, ketiga-tiga nama berkenaan diserahkan kepada MCA Pusat pada penghujung bulan lalu untuk dipertimbangkan Dewan Tertinggi BN.

Menurutnya, terdapat juga dalam kalangan kepemimpinan BN Hulu Langat yang mahu parti itu mempertaruhkan calon heavyweight iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai atau timbalan beliau, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Selain itu, katanya, terdapat cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi.

Dalam pada itu, Ban Seng yang juga Pengerusi MCA Bahagian Hulu Langat berkata, pihaknya berharap BN memberi peluang kepada calon tempatan untuk menentang pembangkang di kerusi berkenaan.

"Kita berharap BN tidak mempertaruhkan calon luar kerana pembangkang sudah pun meletakkan calon payung terjun mewakili mereka," katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia.

Namun jika dilihat daripada foktor sokongan kaum Cina, calon bidan terjun bukanlah masalah pada kaum itu, apa yang penting mempunyai kredibiliti dan menguntungkan mereka.

Ini pilihanraya kecik, jangan silap pilih calon, eloklah dikaji sedalam-dalamnya, dan tidak semestinya ambik calon dari bahagian. Mungkin unsur kejutan perlu di Kajang, dan jangan lupa, kelemahan Anwar yang telah dibuktikan melalui video... amoi ataupun wanita muda...

Melihat pada tarikh penamaan calon yang lebih sebulan lagi, BN mempunyai cukup masa membuat kajian akar umbi. Dalam PRK ini, BN masuk sebagai underdog kalah tak bawa kesan besar.

Cuma jika BN menang, MCA boleh kembali bernafas, kuasa tawar menawarnya dalam BN semakin kuat, apapun orang Cina akan untung jika pilih MCA di Kajang.-7/2/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 366  tetamu dalam talian