08Disember2019

Agenda Daily

Tanda tanya menjelang Blackout KL...

blackout513xxMenjelang Sabtu, ramai tertunggu-tunggu apa akan jadi di perhimpunan Blackout KL yang akan diadakan di Padang Merbok esok. Perhimpunan tersebut tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, tapi mengenali cara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, mereka akan redah juga.

Persoalannya apakah pihak berkuasa akan bertindak tegas...melihat kepada belasan siri perhimpunan di seluruh negara selepas PRU13 lalu, nampak gayanya macam puak-puak pembangkang boleh buat apa saja.

Semua tahu 'wayang tinggi' yang dipentaskan oleh Anwar ini, ia bermula sebelum PRU13 lagi. Ia bermula dengan pembohongan bersiri mengenai penipuan pilihanraya yang kononnya didalangi SPR.

Berbagai tuduhan tersebut tidak pernah dibuktikan, ambil saja kes 40,000 ribu warga asing yang kononnya dibawa masuk guna kapal terbang untuk mengundi... ia dibuat beberapa hari menjelang pengundian, oleh Anwar sendiri, dan sehingga kini, tiada bukti.

Perhimpunan esok bukan perhimpunan biasa, ia merupakan kemuncak kepada siri-siri perhimpunan sebelum ini.

Mereka memilih Padang Merbok kerana lokasinya yang strategik berada di tengah-tengah pusat bandar KL, berdekatan dengan Dataran Merdeka dan Parlimen Malaysia.

Jika lihat kepada perancangan kumpulan ini, nampak macam akan ada perarakan melalui jalan-jalan utama di pusat bandar KL esok.

Bermula dengan tempat berkumpul di tujuh lokasi berbeza, dengan setiap satunya diketuai oleh pemimpin pembangkang.

Persoalannya kini apakah gerombolan ini akan hadir dan bersurai selepas ceramah seperti siri-siri perhimpunan sebelum ini atau mereka akan 'occupy' tempat itu tiru macam demonstran di negara-negara bergolak sebelum ini.

Ikut cakap pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, mereka tidak mahu balik.

Beliau yang merupakan pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) siap sedia 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kata lain, perhimpunan esok akan berterusan sehingga Isnin.

Sementara itu, Utusan melaporkan peserta perhimpunan didakwa menerima arahan daripada pemimpin pakatan pembangkang supaya menimbulkan provokasi supaya ditangkap beramai-ramai oleh pihak polis.

Laporan yang memetik sumber itu menjelaskan arahan itu adalah kehendak seorang pemimpin kanan pembangkang yang bertujuan supaya tindakan itu boleh dijadikan isu sekali gus memburukkan kerajaan.

24 jam menjelang perhimpunan esok, apa saja boleh berlaku, mari kita saksikan 'wayang tinggi' yang dipentaskan Anwar, dan berdoa, semoga keamanan dan kestabilan negara kekal terpelihara.

Juga, pihak berkuasa dan pemimpin kerajaan diberikan kekuatan juga keberanian untuk meguatkuasakan undang-undang.-21/6/2013 OLEH HELME HANAFIikon-helmexx

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 347  tetamu dalam talian