15November2019

Agenda Daily

Pecah penjara jadi strategi ISIS tawan Iraq

isis-konvoiBeberapa minggu lepas, kumpulan bersenjata yang dikenali dengan nama Negara Islam Iraq dan al-Sham (ISIS) merampas sebahagian besar wilayah Iraq, sehingga membuatkan pergerakan itu menjadi pemerintah de facto kepada berjuta-juta orang di kawasan yang sama besar dengan Jordan.

Mereka menjadikan Iraq terpecah tiga, (Sunni, Syiah, Kurdis) dan membebaskan ribuan banduan dari penjara di dikawasan yang mereka kuasai.

Melepaskan banduan merupakan strategi permulaan kempen keganasan mereka untuk menguasai Iraq dan Syria -nama lainnya Sham.

Strategi ini melumpuhkan keupayaan Iraq untuk mentadbir dengan berkesan. Lagipun, tanpa penjara, sistem keadilan gagal - dan tanpa sistem keadilan, keupayaan Iraq untuk kekal sebagai satu negara dan dengan sistem demokrasi yang diimpikan Barat hancur berkecai.

Tindakan ISIS memecahkan penjara merupakan strategi serampang dua mata, dengan setiap kali berjaya menceroboh penjara, ISIS menambah semula ahli-ahlinya dengan pemberontak veteran, (yang selama ini ditahan) memberikan ISIS kelebihan dan keupuyaan menyertai pertempuran dengan lebih berkesan.

6,000 atau lebih pejuang ISIS kini menyerang seluruh Iraq mempunyai akses kepada lebih pemimpin, pembunuh kejam dan pakar pembuat bom yang selama ini menjadi banduan di penjara Iraq.

Termasuk yang dibebaskan adalah pengganas elit yang ditangkap oleh tentera Amerika dan kemudian diserahkan kepada kerajaan Iraq apabila negara Uncle Sam itu meninggalkan Iraq itu pada 2010. Orang-orang ini telah diuji dengan keras di dalam dan luar penjara dan kini kembali berjuang dengan semangat membara.

Pecah penjara adalah menakjubkan - tetapi bukan baru. Beberapa tahun lalu, ketua ISIS Abu Doa (aka Abu Bakr al-Baghdadi) mengumumkan bahawa memecah penjara adalah misi yang paling penting kumpulan itu.

Pada bulan Julai 2012, Abu Doa mengeluarkan kenyataan audio bertajuk "Memusnahkan Pagar," di mana beliau berkata: "Keutamaan anda, adalah untuk melepaskan tahanan Islam di mana-mana, dan membuat perancangan, menyerang, dan membunuh para penjual daging mereka, dari kalangan hakim-hakim, pendakwaraya, dan pengawal penjara uyang berada di dalam senarai itu. "

Pada September 2012, kumpulan Abu Doa ini menjalankan operasi memecah penjara yang pertama. Beliau membebaskan lebih 100 banduan dari sebuah penjara di Tikrit, termasuk 47 banduan yang menunggu hukuman mati.

Mereka menyerang beberapa penjara sepanjang musim sejuk dan musim bunga, dan pada Julai 2013 mereka memperkukuh langkah dengan melepaskan antara 500 dan 1,000 tahanan dari Abu Ghraib.

Banduan tersebut termasuk komander utama ISIS kini iaitu Abdul-Rahman al-Bilawi, serta ramai lagi pemimpin kanan kumpulan tersebut yang mengejutkan dunia dengan dengan serangan kilat sehingga menawan Mosul dalam enam hari awal Jun lalu.

Masih tidak jelas berapa ramai tahanan ISIS, dan berapa ramai penjenayah biasa yang dibebaskan. Bagaimanapun, setiap banduan yang dibebaskan memberi kelebihan kepada kumpulan ISIS.

Bukan lagi rahsia, bahawa penjara adalah tempat indoktrinasi kumpulan pelampau. Sebagai contoh, apabila Amerika Syarikat menguruskan pusat tahanan seperti Kem Bucca di Umm Qasr, banduan ISIS dibenarkan untuk bergaul dengan banduan jenayah biasa, yang kemudiannya mengajar mereka apa itu jihad, sehingga akhirnya mereka menjadi radikal dan dari penjenayah bertukar kepada mujahiddin (mereka dakwa) hasil didikan di "Universiti jihad."

Bagi penjenayah biasa yang tidak radikal, mereka yang dibebaskan ISIS merasa terhutang budi kepada"pembebas" dan tidak akan menentang ISIS.

Ketidakmampuan Iraq untuk mengekalkan sistem penjara mencadangkan bahawa Perdana Menteri Nouri al-Maliki mempunyai masa yang sukar untuk memastikan Iraq tidak tumbang sepenuhnya.

Lagi satu perkara, jika Iraq tidak dapat mengekalkan dan melindungi Abu Ghraib - dinamakan semula sebagai Penjara Pusat Baghdad pada tahun 2009 dan dianggap penjara yang terbaik di negara itu - tidak ada harapan bahawa ia boleh memenjarakan semula mana-mana pelampau ISIS jika mereka berjaya ditahan semula.

Dan sudah tentu pembebasan banduan secara mendadak ini  akan menyebabkan tahap jenayah naik mendadak.

Pembebasan banduan ini juga mematahkan semangat pemimpin-pemimpin tempatan dan pasukan keselamatan, kerana mereka tahu mereka akan menjadi sasaran bagi membalas dendam.

Selepas Abu Ghraib dipecahkan, dan banduan dibebaskan, seorang lelaki, pemimpin puak anti Al Qaeda, berkata: "Sudah tentu saya takut azab .... sasaran pertama mereka adalah pemimpin seperti saya."

Dan pada 3 Jun, seorang pengebom berani mati membunuh Sheik Mohammed Khamis Abu Risha, pemimpin Majlis Kebangkitan di Ramadi.

Jika kerajaan tidak boleh melindungi tentera mereka sendiri daripada keganasan, ia tidak seharusnya terkejut apabila tentera meninggalkan tugas mereka beramai-ramai.

Profesor Stephen Livingstone pernah menulis: ". Kewujudan penjara adalah bukti bahawa, pada akhirnya, undang-undang mempunyai beberapa kesan, dan ia wujud"

salah satu daripada tiga tunggak sistem keadilan yang berwibawa: penguatkuasaan undang-undang, institusi kehakiman, dan sistem penjara.

Iraq adalah krisis yang dihadapi manusia. Walaupun dengan tentera yang lemah semangat, Baghdad masih perlu terus berjuang dan membina semula sistem penjaranya.

Usaha ini akan mengambil masa, wang, kesabaran, dan kepakaran - semua yang berkurangan di Iraq hari ini. Malah demokrasi paling aman mempunyai penjara dan pengawal untuk menempatkan penjenayah dan melindungi kerajaan; tanpa kerajaan, tidak ada negara.

Satu Iraq tanpa penjara adalah dengan cepat menuju ke arah itu.-30/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 297  tetamu dalam talian