14Disember2019

Agenda Daily

McDonald's, Israel dan Palestin... antara fakta dan mitos

Satu hari lebih kurang sebulan yang lalu, anak saya ajak ke McDonald's yang terletak berdekatan kediaman saya di Bandar Seri Putra Bangi... "dah lama saya tak makan McDonald's," katanya.

Kebetulan hari itu rupanya ada majlis khas yang dianjurkan oleh McDonald's dan UMNO Serdang.

Ibu bapa serta anak-anak sekitar tamat perumahan di kawasan tersebut dijemput hadir untuk 'belanja makan' dan sudah tentu bagi mengenali lebih dekat lagi apakah itu
restoran McDonald's yang merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka di dunia.

McDonald's mendapat tempat di hati ramai pelanggan dan menjadi pilihan tanpa mengira peringkat umur bangsa mahupun agama.

Kebetulan ditayangkan video pendek mengenai McDonald's dan tuduhan-tuduhan yang dihadapinya. Sementara isteri melayan anak... saya menonton dan membuat sedikit catatan mengenai penerangan tersebut.

Semua sedia maklum setiap kali memanas sahaja kisah kezaliman tentera zionis Israel terhadap penduduk Palestin, maka McDonald's akan menerima tempiasnya.

Tolak ketepi fakta... berbagai mitos didendangkan, seolah-olah McDonald's yang menyerang Palestin.

Sedadr atau tidak wujud ketakutan terhadap McDonald's, propaganda anti Israel diterjemahkan kepada boikot McDonald tanpa mengambil kira fakta.

Propaganda jenis 'bandwagon' atau pukul rata menyebabkan rangkaian McDonald's di Malaysia diboikot beramai-ramai.

Video pendek itu menjelaskan bahawa di Malaysia kebanyakan restoran McDonald's dikendalikan oleh Golden Archess Restoran Sdn Bhd yg juga dikenali sebagai  McDonald's Malaysia manakala selebihnya dikendalikan oleh francise tempatan.

McDonald's telah beroperasi di Malaysia lebih daripada 30 tahun. Namun setiap kali berlaku konflik di Palestin, aktiviti boikot berlaku dengan dakwaan berbentuk fitnah yang di api apikan oleh beberapa organisasi tempatan.

Antara punca boikot adalah beberapa dakwaan yang sama sekali tidak berasas.

Dakwaan pertama ialah kononnya McDonald's Coproration di Amerika Syarikat dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi yang menyokong Israel dan mempunyai agenda anti islam,  anti palestin.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana McDonald's Corporation tidak dimiliki oleh mana mana individu malah McDonald's Corporation merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham New York dan mempunyai lebih daripada 1.8 juta pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada pelbagai bangsa agama dan warga negara.

Tidak ada mana-mana individi atau entiti yg memegang lebih daripada 10 peratus jumlah saham.

Dakwaan kedua ialah kononnya McDonald's Corporation menyokong Israel dengan memperuntukkan McDonald's corporation adalah sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di 120 buah negara termasuk di negara negara Islam.

McDonald's mempunyai para pekerja dan pelanggan daripada pelbagai latarbelakang bangsa agama dan warga negara dan McDonald's sangat menghormati setiap dari mereka. McDonald's juga tidak menyokong mana mana pihak dalam apa apa konflik politik ataupun keagaamaan yang berlaku di mana mana negara di dunia.

Sebagai sebuah entiti perniagaan McDonald's Malaysia tentunya membayar royalti bagi mendapat lesen atau hak penggunaan jenama McDonald's di Malaysia. Ini merupakan perkara yang  lazim dalam dunia perniagaan dan turut diamalkan oleh banyak syarikat lain. Yang pastinya sebabahagian besar daripada pendapatan McDonald's Malaysia dikembalikan ke negara ini bagi tujuan perbelanjaan dan pembangunan perniagaan.

Dakwaan ketiga ialah kononnya McDonald's Corporation membiayai Israel dalam konflik di Palestin melalui satu organisasi yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF) di mana kononnya terdapat satu program matching gift yangg dibentuk bagi tujuan pembiayaan tersebut. Tuduhan ini adalah tidak benar dan boleh disangkal dari pelbagai segi.

Pertama: JUF adalah sebuah badan kebajikan yg berdaftar di Amerika Syarikat dan ianya hanyalah satu daripada beribu-ribu badan kebajikan yang berdaftar yang berhak menerima derma melalui matching gift. Badan badan kebajikan Islam berdaftar di Amerika Syarikat juga layak dan sememangnya ada menerima derma dari matching gift.

Kedua: Program "Matching Gift" adalah satu program kebajikan di mana pekerja McDonald boleh menderma kepada mana-mana baddn kebajikan dan McDonald's akan menderma jumlah wang yang sepadan kepada badan kebajikan tersebut. Derma tersebut ditentukan oleh pekerja-pekerja dan bukan oleh McDonald's Corporation. Sebagai contoh sepanjang tahun 2014 terdapat lebih dari 2000 derma derma telah dibuat oleh pekerja pekerja McDonald's corporation kepada badan-badan kebajikan. Daripada jumlah itu hanya tiga dermaan telah dibuat kepada JUF.

Ketiga: McDonald's hanyalah salah satu daripada banyak syarikat yang mempunyai matching gift di Amerika Syariikat. Malah lebih 60 peratus daripada syarikat Fortune 500 mempunyai program  ini. Ianya adalah satu program yg lazim dilakukan oleh banyak syarikat di Amerika Syarikat. Perlu juga diingatkan bahawa program matching gift ini tidak melibatkan McDonald's Malaysia.

Akibat daripada usaha boikot ini juga telah mnenyebabkan ada antara pekerja McDonald's yang diserang secara fizikal diancam dicaci dan disisihkan. Di Malaysia, terdapat banyak restoran McDonald's yang difrancisekan kepada warga tempatan.

Malangnya aktiviti boikot ini telah menimbulkan musibah kepada francise francise ini. Perlu diingat, kebanyakan mereka yang memiliki perniagaan ini telah melabur wang yang sangat banyak hasil titik peluh mereka sendiri.

Rata rata perniagaan mereka adalah perniagaan keluarga dan mereka menggaji pekerja mereka sendiri.

Berhati hatilah-dalam mendengar dan menyebar dakwaan boikot terhadap McDonald's kerana dakwaan tersebut adalah fitnah.-3/12/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 924  tetamu dalam talian