11November2019

Agenda Daily

UMNO mula gerak kerja p'raya di Pengkalan Kubor

UMNO sudah memulakan gerak kerja untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gerak kerja di peringkat negeri itu akan diterajui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga akan bertindak sebagai Pengarah pilihan raya peringkat negeri.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua persiapan awal ketika ini sudah pun dimulakan dan Barisan Nasional (BN) hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh PRK akan diadakan.

"Kita sedang tunggu tarikh itu dan akan menentukan calon yang akan mewakili UMNO dan BN. Apa yang penting gerak kerja dari bawah sudah kita mulakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh pada Ahad.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Said.

Kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub hari ini serentak dengan penyerahan notis kekosongannya kepada SPR.

Allahyarham Noor Zahidi meninggal dunia akibat penyakit kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, permintaan daripada ahli-ahli Wanita UMNO supaya satu jawatan Naib Presiden diperuntukkan kepada golongan itu perlu dibincangkan lebih mendalam pucuk pimpinan parti.

Menurut Muhyiddin, perkara itu memandangkan permintaan ahli Wanita tersebut seperti yang disuarakan majoriti mereka dalam mesyuarat bahagian kali ini melibatkan pindaan perlembagaan parti.

Sehubungan itu, katanya, perkara tersebut juga perlu Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.-24/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 227  tetamu dalam talian