12November2019

Agenda Daily

Pengkalan Kubor....SPR putuskan tarikh pilihanraya kecil Jumaat ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengakalan Kubor.

Ia diputuskan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN N.01 Pengkalan Kubor.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos, pukul 9 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

Satu kenyataan SPR Isnin memberitahu mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Ia akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu nanti serta persiapan lain yang diperlukan.

Mesyuarat itu kemudian akan disusuli dengan sidang media oleh Abdul Aziz.

Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos. -25/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 280  tetamu dalam talian