12November2019

Agenda Daily

Pengkalan Kubor: Pemuda UMNO serah nama calon untuk dipertimbangkan

Pemuda UMNO mengemukakan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah menyerahkan nama pemimpin UMNO Tumpat itu kepada pucuk pimpinan parti pada mesyuarat pengurusan parti Rabu lalu.

Pengkalan Kubor merupakan kerusi yang dimenangi BN dalam PRU13 selepas mengalahkan calon PKR di kawasan tersebut.

Ketua AMK PKR Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, wujud permintaan daripada ahli sayap yang membangkitkan supaya calon mereka dipertimbangkan oleh parti.

"Ada keperluan untuk anak muda bertanding di situ sebab dengar khabar Pemuda UMNO juga minta untuk bertanding di Pengkalan Kubor.

"Secara tradisinya Pemuda mahu PKR terus bertanding di situ,"

Sabtu lalu, Wanita PAS menggesa kerusi tersebut diserahkan kembali kepada mereka memandangkan PKR sudah kalah dua kali di kerusi itu.

Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof berkata parti Islam itu sudah memberi laluan kepada PKR beberapa penggal sebelum ini untuk merebut kerusi tersebut, tetapi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baru," kata Siti Zailah.

“PAS perlu mengisi tempat itu (DUN Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya.

PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) selama dua penggal berturut-turut.

Kini, wujud desakan akar umbi PAS yang mahu parti Islam itu mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor dan menggesa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar bertanding dalam PRK itu nanti.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

PRK bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ia merupakan PRK ketujuh selepas PRU pada Mei tahun lepas.

PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) selama dua penggal berturut-turut.

Kini, wujud desakan akar umbi PAS yang mahu parti Islam itu mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor dan menggesa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar bertanding dalam PRK itu nanti.-27/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 255  tetamu dalam talian