12November2019

Agenda Daily

PAS terima cadangan bertanding di Pengkalan Kubor - MB Kelantan

Imej dan kredibiliti PKR selaku parti politik di Kelantan tercalar lagi selepas PAS negeri itu tidak menolak kemungkinan meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecul DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, PAS menerima cadangan anggota parti di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan Dun Pengkalan Kubor supaya mengembalikan calon PAS di situ pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata aduan itu diterima selepas calon-calon PKR tidak berjaya mencapai kemenangan.

“Aduan dan rayuan itu diterima pihak parti selepas PRU lalu dan sewaktu itu dan kinipun sikap kita masih di peringkat menerima aduan sahaja,”ujarnya.

Harakahdaily melaporkan beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek kepada Pondok Mahmudiah Beta Hilir, Kota Bharu Ahad.

Menyentuh cadangan Dewan Pemuda dan Muslimat negeri meminta supaya calon daripada PAS pada PRK Pengkalan Kubor, Ustaz Ahmad hanya berkata, ia boleh dicadangkan.

“Ya, dewan-dewan boleh cadang, boleh tak ada masalah,” ujarnya.

Kelmarin, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menuntut supaya calon PRK Pengkalan Kubor dikembalikan kepada PAS berikutan calon PKR sebelum ini tidak berjaya merebut kerusi tersebut yang berpotensi untuk dimenangi.-25/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 271  tetamu dalam talian