15Ogos2020

Agenda Daily

Zahid ucap tahniah pada diri sendiri pegang rekod kena 45 tuduhan di mahkamah....

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada Sabtu ucap tahniah pada dirinya sendiri.Ini kerana beliau memegang rekod dalam negara dikenakan 45 tuduhan di mahkamah serentak.
 
“Saya belum pernah tengok mana mana orang pernah dikenakan 45 tuduhan.Ini satu rekod baru dalam negara ini dan saya harus ucap tahniah pada diri sendiri,” katanya.
 
Presiden UMNO itu kata beliau kurang pasti samaada kena dakwa di mahkamah sekiranya sudah keluar UMNO seperti pemimpin UMNO yang sudah  berbuat demikian.
 
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur Sabtu ,Zahid menegaskan beliau tidak akan keluar UMNO atau membubarkan parti itu atau BN.
 
“Saya tidak bersalah ,niat saya baik,dan saya tidak salahguna dana seperti didakwa,”katanya.
 
 
Serentak itu Zahid mengingatkan kemungkinan pemipin lain bukan sahaja dari UMNO tetapi MIC dan MCA akan berdepan tindakan sama dari pihak berkuasa.
 
“Kita tidak harus takut dan kita harus pertahankan kebenaran demi BN,”katanya..

 Sementara itu dalam sidang akhbar kemudian Zahid mengesahkan beliau bersama Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hassan dan tiga Naib Presiden UMNO  ada bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Katanya dalam pertemuan itu isyarat adalah jelas bahawa mereka harus keluar dari UMNO dan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Tanpa mahu mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan itu ,Zahid kata UMNO juga perlu dibubarkan.- 27/10/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 375  tetamu dalam talian