05Disember2019

Agenda Daily

Zahid dan Hadi sepentas tentang ICERD di Pasir Salak…

Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang akan berucap sepentas di Pasir Salak,Perak pada 17 November ini untuk menentang langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
 
Serentak dengan itu UMNO pusat akan ambil alih segala program utama tentang ratifikasi ICERD.
 
“Sebagai program pertama, UMNO Pusat akan mengambil alih semua program utama tentang ratifikasi ICERD dan akan bermula dengan Badan Perhubungan UMNO Perak pada 17 hari bulan.
 
“Pasir Salak akan menjadi tuan rumah. Saya akan berucap sepentas dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kedua-dua parti jelas tolak ICERD,” kata Zahid dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn,PWTC petang Jumaat.
 
Beliau juga memberitahu mesyuarat MT UMNO membuat ketetapan menolak sepenuhnya komitmen kerajaan untuk meratifikasi ICERD.
 
UMNO mendesak kerajaan menghentikan langkah-langkah menjejaskan pembinaan masyarakat selama ini melalui persefahaman bersama memandangkan ICERD menentang semangat Perlembagaan Persekutuan.- 9/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 296  tetamu dalam talian