02Jun2020

Agenda Daily

Video: Rafizi langgar' fatwa' Haji Hadi untuk kenakan Nazri

rafizi-video-anwarsxSeronok juga tengok pemimpin  PKR bermain dengan video.Apa lagi Pengarah Stratejiknya sendiri Rafizi Ramli.

Apa agaknya perasaan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang melihat orang kanan dalam pakatan sendiri boleh bikin beliau malu kerana cuba bawa ketengah video sebagai bahan bukti.

Ingat lagi kes dakwaan video libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan China Doll.

Haji Hadi dengan lantang iystihar di Muktamar PAS video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Itu bab depa.

Ini bab nak kenakan orang Barisan Nasional yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bukan main bersusah payah Rafizi dan gengnya menayangkan tujuh segmen video di sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya Jumaat.

rafizi-3cc

Video tujuh segmen itu adalah untuk membuktikan anak Nazri iaitu Nadim mengunakan SUV mewah jenis Hummer milik seorang tauke balak,Micheal Chia yang dikaitkan dalam sumbangan RM40 juta pada UMNO Sabah.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak sudah jelaskan sumbangan politik itu diterima menerusi saluran betul.Malah katanya sumbangan politik adalah hal biasa dalam politik.

Beliau memberitahu pihak pembangkang pun ada terima sumbangan politik.

Sekalipun Nazri sudah jelaskan dalam sidang Dewan Rakyat siasatan  pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  dapati tiada unsur rasuah dalam pemberian sumbangan politik itu namun PKR tidak puashati.

Mereka cuba hendak gambarkan Micheal Chia dibersihkan kerana Nazri dengannya ada apa-apa.

anwar-lif2xx

Hairannya dalam kes video seks semua mereka membisu macam batu kecut dan senang-senang terima bila Anwar buat penafian kosong kata lelaki yang belasah China Doll itu bukan dia.

Semua orang tengok bukti kukuh iaitu video itu dan juga CCTV orang berwajah Anwar sedang naik turun lif apartmen bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah.

Dan...Haji Hadi keluar 'fatwa' video besi tidak boleh jadi bukti.

rafizi-2xx

Rafizi yang berlagak hero kerana merasa dialah yang berjaya jatuhkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri dalam isu NFC nampak macam tidak seronok bila wartawan Agendadaily persoalkan bukahkah Haji Hadi sudah kata video tidak boleh jadi bukti.

Soalan ini ditujukan kepadanya semasa soal jawab selepas dia menayangkan video tujuh segmen mengenai isu Hummer.

Tahu apa jawab hero PKR ini : "Tanyalah Haji Hadi".

Orang PAS kenalah tafsir apa maksud jawapan Rafizi itu mengenai kenyataan bos mereka.

Apapun moral of the story di sini senang saja : aku boleh...hang tak boleh.

Rafizi juga nampak tidak begitu seronok bila wartawan Agendadaily kata tidak nampak pun wajah anak Nazri dalam semua segmen video yang ditayangkan itu.

Soalnya bagaimana hendak main tuduh-tuduh jika orangnya sendiri tidak nampak dalam video itu.

Sebagai jalan selamat Rafizi menyerahkan kepada wartawan membuat tafsiran sendiri.

Baginya dia tetap mempertahankan Nazri ada konflik kepentingan dalam isu Micheal Chia kerana anaknya guna kereta Hummer itu.

Katanya dia akan membuat laporan kepada SPRM Isnin.

Ewah...Rafizi pun mendesak agar Nazri ikut jejak Shahrizat bercuti dari jawatan menteri sehingga siasatan SPRM selesai.

Dalam kes Anwar...pakatan pembangkang siasat pun tidak...suruh cuti pun tidak...dan bebas bersiul ke sana kemari sedangkan dakwaan video seks itu melibatkan kes moral yang sangat menjijikan.

Syok juga Rafizi persoal mengapa Micheal Chia dibersihkan dari dakwaan rasuah sedangkan pihak SPRM dan pihak penguatkuasa pencegahan rasuah Hong Kong (ICAC) tidak memberikan sebarang butir-butir kes itu.

Wang RM 40 juta itu disalurkan menerusi Hong Kong sebagai sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan ICAC juga sudah bersihkan Micheal Chia.

Dalam kes video seks Anwar pakar luar negara sendiri sudah sahkan ia 99.9 peratus tulen.

Namun pembangkang buat pekak dan tak faham.-OLEH LUKMAN ABDULLAH -2/11/2012


Salah tembak...Nazri 'relaks' hadapi serangan Rafizi...


Bagi yang kenal lama dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Aziz tau sangat perangai beliau yang jenis berterus terang. No hanky panky, orang putih kata.
 
Termasuklah serangan terbaru PKR terhadap Nazri dengan menuduh anak sulung beliau menggunakan kereta milik taikun balak Michael Chia sehingga mewujudkan konflik kepentingan.
 
Kisahnya pagi Khamis, di lobi Parlimen Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli buat sidang media cuba nak 'link' kan Nazri dan Chia sebagai kawan dengan mendakwa anak Nazri guna kereta SUV Hummer milik Chia.
 
Nazri baru-baru ini menjawab soalan di Parlimen memberitahu bahawa Chia yang sebelum ini dituduh beri sumbangan kewangan kepada UMNO Sabah RM40 juta telah dibersihkan dari tuduhan rasuah oleh SPRM.
 
Penjelasan itulah yang tidak dapat diterima oleh PKR sehingga mereka cuba wujudkan 'link' antara Nazri dan Chia.
 
Nazri yang ditemui pemberita sejurus sidang media Rafizi itu tersenyum saja 'pulangkan paku buat keras' kepada Rafizi and the geng.
 
Pertama kata Nazri, beliau hanya baca jawapan bertulis yang disediakan oleh Pejabat Peguam Negara dan SPRM atas kapasiti beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal perundangan.
 
"Kalau saya Hakim Mahkamah Tinggi dan Chia merayu pada saya, dan anak saya pandu keretanya, saya akan bermasalah.
 
"Tapi saya bukan hakim dalam kes Chia, saya bukan penyiasat, yang siasat adalah SPRM, saya hanya menteri yang jawab di Parlimen," kata Nazri.
 
Mengenai dakwaan terhadap anak beliau, kata Nazri, anaknya itu sudah dewasa dan urusan beliau dengan Chia tidak ada kena mengena dengan dirinya.
 
Menurut Nazri, beliau tidak mengekori setiap pergerakan anaknya kerana dia sudah dewasa, dan jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan mereka berdua.
 
"Saya tidak 'tidur' dengan anak saya. Saya bukannya gay. Anak saya bukan isteri saya, anak saya bukan kekasih saya, apa yang dia buat, dia tidak beritahu saya.
 
"Ia antara Micheal Chia dan anak saya. Kalau dia hendak bagi Hummer ke Ferarri ke, itu urusan Chia... bukannya dia bagi pada saya, saya yang menteri, bukan anak saya," katanya.
 
Menurut Nazri jika beliau ada perlakuan rasuah,laporlah pada SPRM dan polis.

"Ini dok main trompet, apahal? Jelas dan sah dia (Rafizi) saya panggil trompet. Jelas, prosedur kena lapor pada SPRM.  Kalau dia tak lapor pada SPRM, apa dia hendak.Sebab itu saya panggil dia peniup trompet.
 
"Sebelah dia tadi masa sidang akhbar,ada ahli parlimen Tian Chua. Tian  Chua tanyalah dalam Dewan, bolehlah saya jawab. Nampak Rafizi nak ambil alih tempat Tian Chua, Tian Chua masuk tetapi Rafizi yang cakap.
 
"Pada saya benda ini kecil. Saya nak bagitahu, kalau saya lakukan  kesalahan bawah mana-mana akta, lapor pada polis...kalau saya rasuah,  lapor pada SPRM."katanya.
 
PKR semanjak dua menjak ini memang sibuk cuba korek kesalahan pemimpin BN sahaja. Persoalan yang lebih mustahak dan penting seperti siapakah lelaki dalam video seks yang 99.99 peratus dikaitkan dengan penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ditutup rapat-rapat.

Siapa pun dikalangan pemimpin pakatan pembangkang tidak berani sebut apalagi desak ia disiasat.
 
Sedangkan jelas jika benar individu tersebut Anwar, beliau bukan sahaja melakukan kesalahan moral dengan apabila berzina dengan pelacur, tetapi juga membohongi seluruh pengikutnya termasuk anak dan isteri beliau.
 
 Selain itu, jika orang tersebut Anwar, ia merupakan kes jenayah kerana beliau membuat laporan polis palsu menafikan itu dirinya.
 
Itu belum bercakap soal kesalahan agama lagi lagi tu, dan khabarnya bukan satu rakaman video saja. Persoalan lebih penting seperti itu tidak dihiraukan pemimpin PKR yang hanya ikut membuta tuli sahaja.
 
Cuba tanya Rafizi adakah dia berani korek sampai ke lubang cacing kes video bosnya untuk menentukan kebenaran agar semua orang termasuk dirinya tidak tertipu.Jawabnya tentu takutttttttt....-1/11/2012- OLEH HELME HANAFI



PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 470  tetamu dalam talian