15Ogos2020

Agenda Daily

Terima Kasih…atas tindakan ‘overkill’ heret kami ke mahkamah…- Zahid

Biar gambar bicara…tenang tenang saja ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersembang dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar di ruang rehat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Khamis.Hadir sama anak Najib, Mohd Ashman.
 
Zahid sampai di mahkamah pada jam 9 pagi kira kira 40 minit selepas Najib untuk hadapi enam dakwaan terbaru.
 
Irwan turut didakwa atas kes sama di situ.

Kedua mereka mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan dan minta dibicarakan.
 
Zahid yang disapa wartawan sejurus tiba sebelum itu kata beliau datang untuk beri sokongan moral kepada bekas bosnya.
 
“Ya sudah semestinya ,” katanya.
 
Sementara itu menerusi twitter beliau selepas itu,bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata tekanan bertubi tubi kepada beliau dan Najib tidak mematah semangat terus istiqamah dalam perjuangan.
 
Beliau juga menilai tindakan 'over killed' yang dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah. 
 
“Ianya amat untungkan yang tertuduh. Terima kasih kerana mengheret kami.”
 
Sewaktu Zahid didakwa di mahkamah sama pada 19 Oktober lalu atas 45 tuduhan membabitkan kesalahan penggubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah Najib hadir untuk beri sokongan moral.

Selain enam tuduhan dihadapi pada Khamis,bekas Perdana Menteri itu sebelum ini berdepan dengan 38 pertubuhan.- 25/10/201
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 726  tetamu dalam talian