12November2019

Agenda Daily

Tengku Adnan mengaku tidak bersalah kes tanah DBKL…

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas dua pertuduhan menerima rasuah RM3 juta berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Beliau yang juga kini Ahli Parlimen Putrajaya dan Bendahari UMNO Malaysia mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Azman Ahmad.
 
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
 
Kes ditetapkan untuk sebutan pada 12 Disember ini.
 
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan wang berjumlah RM1,000,000.00 daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon melalui cek Public Bank  milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn.Bhd. yang didepositkan ke dalam akaun CIMB miliknya.
 
Ianya sebagai upah kerana meluluskan permohonan syarikat Nucleus Properties Sdn. Bhd. yang kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn. Bhd.untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 27 Disember 2013, di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Dakwaan bagi  kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama.
 
Bagi pertuduhan kedua pula, Tengku Adnan didakwa menerima wang berjumlah RM2,000,000 daripada pemilik syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd, Chai Kin Kong melalui cek Bank Hong Leong Islamic milik syarikat itu  yang didepositkan ke dalam akaun Bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn. Bhd.
 
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- 15/11/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 220  tetamu dalam talian