20April2019

Tengku Adnan beritahu lebih 12 kali dipanggil SPRM pasal tanah DBKL

Sidang Dewan Rakyat hangat seketika pagi Selasa bila bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor cabar Ahli Parlimen DAP Cheras Tan Kok Wai ulangi dakwaan di luar dewan wujudnya skandal dalam jualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa pentabiran Barisan Nasional dulu.
 
Tengku Adnan ,Ahli Parlimen BN Putrajaya kata beliau akan ambil tindakan undang undang jika Tan buat dakwaan di luar dewan.
 
"Ini sesi soal jawab saya tidak boleh bidas apa yang disebut oleh Cheras (Kok Wai), untuk makluman Cheras, kamu tuduh saya di luar, saya akan bawa kamu ke mahkamah," katanya. 
 
Sebelum itu semasa sesi soal jawab Tan dalam soalan tambahan dakwa konon wujud skandal dalam jualan tanah DBKL yang dijual pada harga bawah pasaran melalui rundingan terus dan tanpa rundingan. 
 
Waktu itu Menteri Wilayah Persekutuan Khaled Samad sedang beri jawapan kepada soalan asal darinya.
 
Serentak dengan itu Tengku Adnan yang bangun bertanya soalan tambahan kepada menteri berkenaan memberitahu beliau sudah dipanggil lebih 12 kali oleh SPRM untuk beri keterangan isu dakwaan itu sejak Pakatan Harapan ambilalih kerajaan.
 
"Untuk makluman dewan, lebih 12 kali saya telah dipanggil dan telah beri keterangan apa yang saya tahu," katanya.
 
Beliau yang menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dari 2013 hingga 2018  menolak dakwaan konon tidak pernah dipanggil oleh SPRM mengenai hal berkenaan.
 
Tengku Adnan juga memberitahu dewan bahawa pada tahun 2013 hal berkaitan tanah di Wilayah Persekutuan diserah kepada bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
 
“Saya tidak ada kena mengena dengan kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan,”katanya.- 30/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 744  tetamu dalam talian