12November2019

Agenda Daily

Sultan Selangor arah papan tanda jalan Bahasa Cina ditanggalkan...

Semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.
 
Titah arahan ini dikeluarkan oleh Sultan Selangor pada Isnin.
 
Menurut titah melalui surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani, operasi penukaran papan tanda tersebut hendaklah disegerakan dan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh Hari Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke 73 pada 11 Disember ini.
 
Surat bertarikh 19 November itu  ditujukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan salinan kepada Datuk Bandar Shah Alam.
 
Difahamkan titah Sultan Sharafuddin itu susulan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menukar papan tanda sehingga hilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini dugunakan pada papan tanda nama jalan itu.
 
Hal berkenaan telah menjadi isu yang dipersoalkan oleh beberapa pihak.
 
MBSA sebelum ini dalam penjelasannya memaklumkan, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa.
 
Selain daripada rumi, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan berkenaan.- 19/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 493  tetamu dalam talian