21Ogos2019

Anwar Ibrahim: Siapa nak aibkan siapa?

alt"Nak aibkan saya sekali lagi...kita akan tentang keras dan lawan mereka dalam pilihan raya...mereka sudah gentar hadapi kita dalam pilihan raya...ini cara kotor jahat UMNO.”

Itulah bunyi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaum kepada para wartawan sejurus keluar dari memberi keterangan hampir sejam di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur petang Rabu berhubung kes dakwaan beliau membuat laporan polis palsu mengenai video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T.

Apa yang menjadi persoalan bagi orang yang ‘ ada akal’ ialah siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara.

Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada.

Sebaliknya Anwar cuba mempertahan diri dengan mendakwa pihak polis tidak bertindak terhadap laporan polis yang dibuatnya pada 22 Mac lepas di Balai Polis Dang Wangi berhubung ugutan supaya beliau dan isterinya (Datin Seri Wan Azizah) melepaskan jawatan politik sekiranya tidak mahu 'keburukan' dirinya didedahkan.

“Itu ugutan...tiada tindakan undang-undang,” katanya

Juga  Anwar mendakwa dirinya pula hendak dianiayakan lagi dengan siasatan untuk mengenalpasti siapa dalam video tersebut.

Menurut Peguam Anwar, S. Sivarasa, Anwar disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat ASP the Boon Ang dari Balai Polis Sentul di bawah Sesyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan tidak betul kepada kakitangan kerajaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum enam bulan penjara atau denda sebanyak RM2,000.

Ditanya mengenai soalsiasat tersebut, Sivarasa berkata, “Polis telah diperalatkan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam satu percubaan untuk menghalang tugas Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat.”

Katanya lagi, “laporan polis dibuat sebagai pengadu telah bertukar jadi semacam dia (Anwar) pula jadi pesalah, ini menunjukkan bahawa ada campurtangan politik.”

“Sekarang tuduhan polis yang buat dan kita menolak sama sekali tuduhan itu,” ujarnya.

Ada yang berkata Anwar dan orang-orangnya lupa mereka sudah membuat pelbagai tuduhan liar bukan saja terhadap UMNO/BN tetapi terhadap pasukan polis.

Dakwaan ini perancangan UMNO dan berkonspirasi dengan polis memang senang cakap.Siapa saja boleh main tuduh.

Siapa nak bertanggungjawab ke atas dakwaan itu semua?

Perlu atau tidak UMNO dan pasukan polis khususnya mempertahan imej dan integritinya?

Faktanya di depan mata semua rakyat Malaysia ialah video seks berkenaan jelas menunjukkan lelaki itu seiras dengannya.

Mahukah Anwar secara gentlemen mengaku macam Datuk Seri Chua Soi Lek kalau benar itu dia?

Kata orang mati hidup balik sekalipun ...tidak.

Kalaulah betul beliau aktornya dalam video itu ...juga kata orang awak sedap-sedap belasah pelacur China....sekarang main sedap mulut nak tuduh orang dan persalahkan orang lain.

Bukankah kita ada kata-kata popular: berani buat berani tanggung.

Jawabnya sendiri buat sendiri aib.

Hakikatnya dalam sistem perundangan negara, penentu benar tak benar...salah tak salah ialah mahkamah.

Kalau setakat cakap di luar sahaja tak laku.

Pencuri mana nak mengaku dia mencuri.

Tugas polis ialah menyiasat.Itu pun nak marah.

Jadi Anwar nak ikut sistem perundangan mana?

Bukankah kalau siasatan akhirnya mendapati bukan beliau dalam video itu...maka bersihlah namanya.

Jadi kenapa takut?...ibarat perpatah...takut kerana salah dan berani kerana benar.

Siapa tahu kalaulah pembangkang berkuasa di negara ini...Anwar kelak boleh umum tiru macam saya.

Kalau tidak boleh juga  masuk sebagai salah satu lagi perkara baru dalam Buku Jingga.

Kena tuduh saja...dakwa polis berkomplot...ada konspirasi blah..blah..blah.. buat demonstrasi.

Apa macam penyangak, penyamun, pembunuh, perogol, pembelit, peliwat....syok dak dapat ikut stail Anwar  nanti ?

Video yang nampak hidup-hidup aksi kata besi...tak boleh jadi bukti...CCTV yang tunjuk orang bergerak tu kata temberang.

Tak hancur negara,jawabnya.-16/11/2011- OLEH LUKMAN ABDULLAH 

 


Video Seks: Biasalah...ini jawapan standard Anwar

Ha...ha...ha.Apa lagi jawapan yang boleh diharapkan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya bab dakwaan beliau buat laporan polis palsu mengenai video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T.

Sudah menjadi kebiasaannya semacam cuba nak memperlekehkan isu dakwaan skandal seks yang menjadi perhatian ramai itu, ditanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Selasa mengenai kertas siasatan kes itu yang sudah diserah polis kepada Peguam Negara, mendakwa ia satu perancangan UMNO.

Dakwanya ia untuk buat beliau ‘sibuk’.

Ini membuatkan seorang wartawan kedengaran berbisik  kata, “ Ewah...ewah...kalaulah betul bagai didakwa  dia dalam video itu  bukahkah itu aksi seorang pemimpin yang ‘sibuk sangat’.

Dalam usaha nak control macho, Anwar juga kata beliau tidak terkejut jika berdepan dengan dakwaan baru ( di mahkamah).

Katanya beliau tidak haian dan sedia berdepan.

Video seks berkenaan sudah disahkan 99.8 peratus tulen. Ini diperkuat lagi dengan pendedahan CCTV lelaki serias beliau sedang naik turun lif  bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah di apartmen di mana aksi seks dirakam . - 15/11/2011 – OLEH LUKMAN ABDULLAH


Maklumat palsu kes video seks: Peguam Negara akan putuskan pendakwaan terhadap Anwar

KEMASKINI : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun  Hussein Isnin sahkan pihak polis sudahpun serahkan kepada pihak Peguam Negara kertas siasatan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim beri maklumat palsu berhubung kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dulu.

Namun, katanya soal samada Ketua Pembangkang itu akan didakwa atau tidak di mahkamah akan diputuskan oleh Peguam Negara.

Menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur, menteri itu menjelaskan polis hanya menjalankan tugas mereka dalam kontek siasatan kes berkenaan.

Semasa kehangatan pendedahan video itu oleh Datuk T, Anwar telah pergi ke Balai Polis Dang Wangi membuat laporan polis menafikan beliau adalah lelaki dalam video aksi seks bersama seorang pelacur China.

Kata Hishamuddin beliau tidak tahu secara terperinci tentang kertas siasatan polis yang diserahkan kepada Peguam Negara.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,” katanya.-14/11/2011 

 


Polis dijangka mula siasatan video seks....belum apa-apa PKR dah 'melompat'

video-seks513Ingat lagi kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dahulu?  Khabarnya polis akan mulakan siasatan ke atas isu skandal berkenaan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam di sebuah apartmen di Kuala Lumpur.

Rakyat di seluruh negara hingga kini terus tertanya dan ingin tahu apa cerita sebenar kes video  seks yang telah disahkan oleh ujian pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau adalah orangnya dalam video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pernah memberitahu kes berkenaan akan disiasat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Kini menjelang hujahan terakhir pihak pembelaaan ke atas kes liwat itu pada 8 dan 9 Disember ini, peguam Anwar mengesahkan polis telah memanggil Anwar untuk disiasat mengenai isu video seks itu.

Ia dipercayai melibatkan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu tentang video seks berkenaan.

R Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR  dipetik berkata polis telah meminta Anwar memberi keterangan minggu ini, namum mereka meminta ia diadakan Rabu depan di Balai Polis Kepong.

Dan seperti diduga belum apa-apa lagi PKR sudah melompat seolah bos mereka tidak boleh disentuh langsung dalam isu dakwaan berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, N. Surendran yang juga peguam Anwar sudah mendakwa ia bermotif politik untuk serang Anwar.

Malah beliau main sedap mulut dakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ada apa-apa dengan BN  untuk menjatuhkan Anwar.

Anehnya di sebalik ini semua satu dunia sudah melihat video berkenaan di mana lelaki itu seiras habis dengan Anwar.

Juga menguatkan dakwaan itu ialah pendedahan  video CCTV lelaki seiras Anwar sedang naik dan turun lif bersama Datuk Sharzly Eskay di apartmen berkenaan.

Waktu pada CCTV itu adalah selaras dengan waktu rakaman video seks itu.

Juga satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah tentang jam Omega Anwar yang dikatakan tertinggal di lokasi rakaman aksi seks.

Dalam pada itu ada aksi seks yang dirakam di Bangkok dan belum didedahkan sepenuhnya lagi. 

Jawapan yang pasti tentu akan diperolehi menerusi siasatan rapi pihak polis tentang isu yang belum beres ini.

Sebelum ini banyak pihak menyifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kononnya video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti.

Bagi kebanyakan orang sekalipun bermati-matian nak mempertahankan Anwar kerana politik...janganlah nak memperbodohkan orangramai sampai peringkat itu.- 11/11/2011

 


Senangnya dalam hati...kes liwat NO PROBLEM

 

anwar-saiful-515-300Fulamak....Ini kelebihan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak ada tolok bandingnya...beliau boleh buat muka sardin kering kontang macam tak ada hal.

Dengan yakin Ketua Umum PKR ini beritahu satu interbiu dengan agensi berita  Bloomberg yang disiar Khamis kononnya melihat pada segala perkembangan pakatan pembangkang akan ganti Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.

Anwar dengan rekod sebagai satu-satunya pemimpin Melayu Malaysia yang dikaitkan dengan skandal video seks, mendakwa akan berlaku "Malaysia Spring" merujuk istilah 'Arab Spring" yang terjadi di Tunasia, Mesir, Libra, Yaman dan Syria.

Kata Anwar, “Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan.”

Mudahnya cakap, entah apa data yang beliau rujuk pun tak pasti, main sedap mulut saja cakap, kalau ikut logik akal dan fakta, sah-sah sekarang BN nampak lebih selesa daripada pilihanraya umum Mac 2008 dulu.

Sebagai sandaran untuk menguatkan hujahnya beliau antaranya membebel tentang demo Bersih Julai lalu yang baginya ‘maha berjaya’.

Hairan juga beliau lupa pada fakta BN menang semua pilihanraya kecil selepas 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bermula dari Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau semuanya dimenangi BN dengan majoriti selesa, bahkan di Galas adalah kawasan PAS yang ditawan semula oleh BN.

Masalah Anwar beliau masih terus di awang-awangan merasa seolah-olah seluruh rakyat negara ini ‘ buta mata dan pekak telinga ‘ tak akan peduli pada kisah liwat yang melibatkan dirinya yang sedang dibicarakan sekarang.

Sudahlah dikaitkan dengan kes liwat staf sendiri, Saiful Bukhari Azlan. Ia adalah kes kali kedua dalam tempoh 10 tahun.

Sebab itu, dalam temubual itu beliau boleh main belasah cakap kesan kes liwatnya sekalipun didapati bersalah oleh mahkamah ia adalah “foregone conclusion” atau makna dalam bahasa mudahnya orang tidak akan ambil peduli.

Betulkah begitu? Adakah rakyat Malaysia umumnya menerima seorang peliwat jika beliau didapati bersalah?

Mungkin bagi puak-puak yang berkepentingan atau bergantung nyawa dan hidup politik mereka padanya boleh pejam mata begitu saja.

Soalnya mereka peduli apa.

Namun beliau tidak boleh main taram cakap ia satu  “foregone conclusion”.

Ini bab liwat...bukan LEWAT.

Ehem-ehem, Anwar jangan lupa isunya bukan saja libatkan kes liwat. Apa macam kes dakwaan video seks yang didedahkan oleh Datuk T.

Gambar dengan bertuala putih baik jer peluk amoi muda itu terus melekat dalam imaginasi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Bagi yang tengok versi penuh video itu, selalu sebut... tak boleh lupa cara dia "berentap sakan"...

Video seks yang ikut kajian dua profesor dari universiti teknologi terbaik di dunia, sudah mengesahkan ia 99.99 peratus tulin.

Dah tu bukan satu video, ada lagi satu yang kononnya dirakam di Bangkok, Thailand yang sudah didedahkan klip ‘ pemanas badan’ baru-baru ini.

Juga Anwar patut nilai sendiri sokongan rakyat kepadanya melalui kehadiran orang ramai di mahkamah sekarang ini. Sebab ada waktu-waktunya, kerusi mahkamah kosong, sebab orang 'meluat' dengan skandal beliau yang tidak berkesudahan dan kes mahkamah yang berlarutan.

Beliau patut sedar rungutan kedengaran dikalangan orang DAP dan PAS sendiri menyalahkan dirinya atas segala porak-peranda yang terjadi dalam PR sekarang ini.

Pertelagahan terbuka soal Hudud, moral dan macam-macam lagi didakwa terbit dari politiking Anwar.

Betulkah? Tapi bagi orang yang mengenali Anwar, ada mendakwa beliau bukannya tokoh yang berkerja,mempunyai program atau dasar yang tersusun dan berkesan sebagai landasan perjuangannya.

Kelebihannya ialah bercakap....dan bercakap di pentas ceramah.

Anwar hanya tokoh yang lahir ketika gelora. Pidatonya membakar dan memukau, tetapi bab kerja dan pengurusan, mana ada yang special dan sangkut dalam ingatan orang setakat ini.

Kalau ada tolong senaraikan....sejak zaman dalam kerajaan dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Contoh paling baru, apa hasil selama beberapa tahun beliau jadi penasihat ekonomi Selangor? Tidak ada apapun, sebab beliau  hanya pandai bercakap dan mempersonakan orang melalui kata-kata bukannya tindakan.

Soalnya kini, selepas kes liwat, skandal seks, kelemahan pengurusan, tidak konsisten dari segi dasar bersama PR, dan lain-lain, apakah rakyat masih menyokong Anwar?

Ada kalangan yang kenalnya secara sinis berkata beliau kini hidup dengan harapan...harap-harap orang tidak akan percaya apa yang mereka lihat.

Semoga Anwar terus dibuai mimpi...-3/11/2011- OLEH HELME HANAFI

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 276  tetamu dalam talian