25Mei2020

Agenda Daily

Saya ambil keputusan teruskan tugas sebagai Presiden UMNO – Zahid

"Mengalah bukan satu pilihan kepada saya dan saya ambil keputusan untuk teruskan tugas sebagai Presiden UMNO bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan lain-lain serta kepemimpinan sayap parti." 
 
Itu antara kata Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada sidang akhbar di Kuala Terengganu petang Jumaat selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kepemimpinan UMNO negeri Terengganu.
 
Hadir sama di sidang akhbar itu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan dan Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid..
 
Beliau mengulas cadangan Pemuda UMNO Malaysia pada Khamis agar timbang ambil cuti sehingga kes mahkamahnya selesai.
 
Kata Zahid ,“sepatutnya perkara itu dibawa kepada makluman saya ataupun Timbalan Presiden atau Setiausaha Agung, tetapi mereka memilih untuk berbicara melalui media.
 
“Dan tentunya mereka ini mempunyai sebab yang tersendiri untuk melakukan perkara yang sedemkian,” ujarnya.
 
Apapun katanya  beliau terima pandangan daripada Pemuda UMNO dengan hati yang terbuka.
 
Tegasnya, beliau juga tidak akan tunduk kepada mana-mana gesaan atau desakan agar mengambil cuti seketika sehingga kes pertuduhan terhadapnya di mahkamah selesai.
 
. "Saya reda dengan apa yang sedang dilakukan tetapi bila keadaan ini berlaku dan ada cadangan untuk saya ambil cuti, dalam erti kata lain untuk berundur, saya tidak anggap ianya adalah satu option (pilihan).
 
Zahid berkata beliau telah diberikan mandat oleh para perwakilan dan hanya perwakilan sahaja yang boleh menentukan sama ada beliau akan berehat atau pun tidak.
 
“Apabila saya menawarkan diri sebagai presiden parti, saya sudah memperkirakan cabaran-cabaran yang bakal saya tempuhi.
 
“Dan mandat yang akan saya laksanakan biarlah sehingga tamat penggal pemilihan, kerana pemilihan jawatan-jawatan di dalam parti ditentukan oleh Perhimpunan Agung.
 
“Biarlah perhimpunan agung UMNO yang menentukan jawatan seseorang di dalam parti, dan bukannya disebabkan oleh cadangan atau lain-lain pandangan yang tidak mengikut perlembagaan parti,” tegasnya.
 
“Saya pun tahu, bahawa pendakwaan terpilih seperti yang saya hadapi sekarang akan berlaku di bawah pentadbiran kerajaan baru hari ini,"ujarnya lagi.
 
Serentak dengan itu Zahid menyeru agar Pemuda UMNO sama-sama bangkit untuk melawan musuh politik dan menyelamatkan parti yang sedang diancam dengan pelbagai perkara termasuklah ancaman untuk membubarkan UMNO.
 
“Saya harap, keadilan di dalam membuat hala tuju politik kami dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatupaduan di dalam parti kita.
 
Tidak lama sebelum majlis di Kuala Terengganu itu Zahid  telah memberi reaksi ringkas tetapi tegas menerusi twitter beliau terhadap cadangan Pemuda UMNO.
 
Dari ayatnya pada twitter itu jelas beliau tidak berganjak untuk terus dengan khidmat memimpin parti.
 
Beliau ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO atas pandangan yang diberi dan kata beliau meraikan kelelbagaian pendapat.
 
Serentak dengan itu beliau mengajak semua ahli UMNO terus bergerak bersama untuk menentang musuh yang mahu menghancurkan UMNO.
 
“Terima kasih di atas pandangan PPUM @PPUMOnline saya raikan kepelbagaian pendapat.Namun yang penting marilah kita terus bergerak bersama untuk menentang musuh yg mahu menghancurkan #UMNO. #umnobangkit #prayforumno,”katanya di twitter itu.- 26/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 675  tetamu dalam talian