07Ogos2020

Agenda Daily

Puteri UMNO berdiri teguh belakang Zahid…

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia nampaknya mempunyai pendirian berbeza dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi timbang untuk bercuti sehingga kes mahkamah beliau selesai.
 
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan menegaskan solidariti bersama Zahid pada ketika UMNO sedang ditekan kuat oleh kerajaan sekarang.
 
“Kami umpama anak yang tidak tergamak untuk 'menghentak' dan menambah beban emosi kepada 'Ayah' yang sedang berhadapan masalah ketika menguruskan 'keluarga besar UMNO' ini,”katanya.
 
KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
 
Terima Kasih kepada rakan-rakan media yang mencari saya sejak semalam minta untuk mengulas tentang apa pendirian Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkenaan kedudukan Presiden UMNO
 
Sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia saya sudah pun punya pendirian tersendiri dalam isu berkenaan kedudukan Presiden sebelum ia menjadi topik hangat di media lagi.
 
Puteri mengutamakan kematangan bertindak dan akan sentiasa berbincang secara keluarga bersama Jawatankuasa Pengurusan, Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang mana Puteri adalah anggotanya.
 
Puteri memahami cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Pembangkang, jadi kami percaya Presiden UMNO mempunyai kebijaksanaan dalam menentukan pendiriannya
 
Puteri juga berpendapat proses undang-udang yang sedang berjalan adalah peluang terbaik untuk Presiden UMNO membersihkan nama beliau.
 
Beliau mempunyi hak untuk mendapatkan keadilan yang sebaik mungkin berdasarkan prinsip 'Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah' dan tidak sepatutnya kita bersikap 'prejudis' dengan membuat perbicaraan di media.
 
Seperti semua maklum parti kita sedang ditekan kuat oleh pihak kerajaan, seorang demi seorang pemimpin kita didakwa, kemungkinan ramai lagi akan dikenakan tindakan bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih yang mereka amalkan.
 
Puteri juga akan terus ber-'Solidariti', mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Presiden parti disaat kita diuji sekarang ini. Puteri terus memberi sokongan kepada Presiden parti untuk mempertahan dan melindungi parti dari terjerumus ke jurang yang lebih berbahaya demi masa depan Agama, orang Melayu dan negara tercinta.
 
Kami umpama anak yang tidak tergamak untuk 'menghentak' dan menambah beban emosi kepada 'Ayah' yang sedang berhadapan masalah ketika menguruskan 'keluarga besar UMNO' ini.
 
Justeru itu Puteri memohon agar ahli-ahli UMNO umumnya dan ahli Puteri khasnya agar bertenang dan terus mendoakan kebaikan para pemimpin dan parti yang kita sayangi ini.
 
Sama-sama kita teruskan rapatkan saf, berjuang dengan penuh keikhlasan dalam usaha kembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini. UMNO Sebuah perjuangan.
 
ZAHIDA ZARIK KHAN
[Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia]
26/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 512  tetamu dalam talian