22Januari2020

Agenda Daily

Protes Bersih: Senaman gelek punggung depan rumah Ambiga pula…

gelek1xx [ LIHAT AKSI PROTES INI DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY ] Kalau begini halnya suasana di depan rumah bos Bersih,Datuk S Ambiga di Jalan Setia Kasih,Bukit Damansara bakal meriah dari masa ke semasa.

Khamis lalu peniaga yang diketuai IKHLAS,sebuah NGO pacak gerai burger di situ sebagai tanda protes mata pencarian mereka terjejas akibat demo Bersih yang cetus kekacauan pada 28 April lalu.

Pagi Selasa lagi sempoi.Seramai 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumahnya.

gelek2

Mereka adalah dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)  yang diketuai oleh Mohd Ali Baharom.

Beliau berkata mereka sebagai bekas tentera ada hak untuk melindungi negara ini dari dicemar oleh musuh.

Menurut beliau selain protes demo Bersih,  senaman gelek punggung itu juga sebagai membantah Ambiga yang dikaitkan dengan gerakan seks bebas.

Aksi protes mereka bermula jam 8.30 pagi.

gelek3vvx

Kebetulan Ambiga yang hendak keluar pergi mahkamah bersua dengan mereka depan rumah itu.

Mereka tunjuk sepanduk kad manila memprotes tindak tanduk Bersih dan Datuk Seri Anwar Ibrahim padanya.

Mohd Ali mengingatkan Ambiga jangan berbuat sesuatu yang boleh rosakan nama negara.

Katanya mereka akan bertindak jika begitu halnya.

Beliau meminta Ambiga tolong sampaikan kad sepanduk itu kepada Anwar.– OLEH MOHAMED HIEKAL – 15/5/2012



gelek4



gelek6vvx


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 242  tetamu dalam talian