15Ogos2020

Agenda Daily

Polis belum ada petunjuk dimana Jho Low…tak halang Hishamuddin nak bantu cari

Ketua Polis Negara Tan Sri  Fuzi Harun akui polis setakat ini masih tidak ada petunjuk dimana ahli perniagaan yang dikaitkan dengan isu IMDB, Jho Low berada sekalipun sudah menjalankan pelbagai usaha termasuk beliau sendiri bersemuka dengan Interpol.
 
Katanya polis tidak menghalang tawaran bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hendak membantu mencari Jho Low.
 
Ketika ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu Fuzi bagaimanapun memberitahu polis tidak berhasrat memanggil Hishammuddin untuk merakamkan percakapan susulan kenyataannya yang secara peribadi mahu membantu mencari ahli perniagaan itu bagi menyelesaikan isu berkaitan 1MDB.
 
"PDRM sudah pun melakukan semua prosedur yang ada termasuk berhubung dengan pihak berkuasa negara-negara yang dikaitkan Jho Low berada pada setiap masa dan saya sendiri sudah berjumpa secara bersemuka sendiri dengan Interpol. Namun pada masa ini, kita masih tidak ada petunjuk," katanya.
 
Pada Isnin Hishamuddin yang ditemui wartawan di lobi Parlimen kata beliau secara sukarela sedia bantu cari Jho Low guna hubungan beliau di masa lampau dengan para pemimpin China.
 
Katanya Jho Low elemen penting dalam menyelesaikan isu IMDB.-- 24/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 411  tetamu dalam talian