19November2019

Agenda Daily

Pertemuan ketua komplot dengan PM batal...ini sebabnya

Ramai yang tertanya-tanya apa jadi pada pertemuan ketua komplot guling kerajaan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang Ahad kelmarin.

Ini jawapan bila wartawan korek dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sewaktu sidang akhbar selepas satu mesyuarat di Putrajaya petang Selasa.

"Saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan orang tertentu dengan Perdana Menteri yang sepatutnya diadakan pada jam 6 petang hari Ahad telah dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri

Ditanya adakah orang itu memberi sebab nak batal,Zahid kata," Ada. Sebab wartawan ramai tunggu dia."

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana,Putrajaya untuk melihat siapakah orang itu.

"Maka atas permintaan individu itu temu janji telah dibatalkan,"katanya.

Zahid berkata pertemuan antara orang itu dengan Perdana Menteri pasti akan diadakan kemudian,namun beliau tidak tahu bila pertemuan yang baru akan diadakan.

Wartawan kemudian bertanya kenapa polis tidak tahan orang yang mengetuai komplot yang nak jumpa Perdana Menteri itu?

Zahid jawab : " Ada laporan yang telah dibuat kepada pihak polis sebagaimana telah dinyatakan olehKetua Polis negarasemalam dan prosesnya ialah apabila laporan telah dibuat, maka penyiasatan dilakukan.

Kertas siasatan telah dibuka dan apabila siap ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan.

Dalam hal ini saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyerahkan seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan bagi pihak Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan."

Ditanya pula berapa ramai sebenarnya mereka yang terlibat dalam komplot itu,beliau berkata itu kena tanya pihak polis setelah siasatan sepenuhnya dilakukan.

Mengenai desakan NGO dan sebagainya agar beliau dedahkan nama mereka,Timbalan Perdana Menteri kata, " Tidak boleh didedahkan sebab kalau didedahkan maka ia akan membantutkan proses siasatan.

"Tetapi saya ingin menyatakan tidak ada seorang pun daripada 20 nama Ahli Parlimen BN sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu ( semalam) yang telah didekati untuk dibeli bagi menandatangani akuan bersumpah itu.

"Saya ingin mengesahkan tidak ada seorangpun daripada 20 itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Oleh sebab itu clear kanlah nama mereka."

Ditanya pula mengenai cakap-cakap yang tersebar kononnya Ahli Parlimen Gua Musang ,Tengku razaleigh Hamzah salah seorang ahli komplot itu,Zahid cuma kata," saya serahkan pada pihak polis untuk mengenalpasti dan melakukan siasatan."- 18/8/2015- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL





Wartawan cuba intai siapa ketua komplot...Khairy nak tahu siapa

  

KEMASKINI : Pada jam 3 petang Ahad Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik.

Sebilangan wartawan yang standby di sekitar kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta,Kuala Lumpur melihat beliau sampai jam 7.50 malam.

Mereka kemudian diberitahu tiada pelawat dijadual akan temui Najib sepanjang malam.

Betulkah begitu?

Tandatanya yang berlegar jadi dimana Perdana jumpa pemimpin UMNO yang didakwa ketuai komplot untuk guling kerajaan.

Ikut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pertemuan itu akan diadakan jam 6 petang.Semasa beritahu perkembangan itu dalam ucapan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tampin pagi Ahad beliau bagaimanapun tidak kata dimana.

Apakah pertemuan itu diadakan di Gerik,atau di lapangan terbang atau dimana-mana tempat lain sebelum Perdana Menteri sampai di rumahnya?

Apapun setakat ini identiti pemimpin UMNO itu masih lagi jadi rahsia.

Zahid sendiri enggan dedah nama orang yang dikatakan cuba atur usaha guling kerajaan menerusi surat akuan bersumpah untuk ditandatangani oleh Ahli Parlimen pembangkang dan BN.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mahukan identiti pemimpin UMNO yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan didedahkan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang rancangan itu adalah serius dan tindakan segera perlu diambil agar cubaan berkenaan dapat dihalang.

"Kita perlu tahu siapa individu tersebut lebih-lebih lagi ia melibatkan individu dalam UMNO yang dikatakan hendak menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak sah.

"Cubaan itu dikaitkan dengan anggota parlimen dan selaku anggota parlimen saya juga ingin tahu siapakah individu tersebut supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil agar saya tidak dikaitkan dengannya," katanya

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bukit Katil di Melaka Ahad.- 16/8/2015.

 



PANAS...Ketua komplot nak guling kerajaan temui PM petang ini - Zahid

Siapa pemimpin UMNO yang didakwa ketuai komplot nak guling kerajaan mengunakan surat akaun bersumpah Ahli Parlimen terus menjadi teka teki.

Setelah dedah mengenai hal itu masa rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Ampang Sabtu...hari ini Ahad Datuk Seri Zahid Hamidi terus bikin suspen.

Perwakilan UMNO Bahagian Tampin terdiam sejenak bila Timbalan Perdana Menteri ' udpate' mereka dengan kisah terbaru pendedahannya itu sewaktu beliau merasmikan mesyuarat bahagian itu.

Beliau memberitahu pemimpin UMNO berkenaan akan adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 6 petang ini (Ahad).

Katanya pemimpin berkenaan sudah sedar perbuatannya adalah salah.

"Jadi dia akan jumpa Perdana Menteri dan Presiden UMNO petang ini,"katanya tanpa beritahu dimana lokasi pertemuan berkenaan.

Zahid mempertahankan pendedahannya berasaskan maklumat yang kukuh dna bkan dikutip dari ' tepi jalan'.

"Maklumat saya tidak datang dari tepi jalan.Ia datang dari seseorang yang hadir dalam sama dalam mesyuarat komplot itu,"katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tetap enggan beritahu nama pemimpin berkenaan.

"Saya tidak beritahu semalam..saya juga tidak akan beritahu hari ini,"katanya.- 16/8/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 293  tetamu dalam talian