12November2019

Agenda Daily

‘Perang besar’ di Rantau…

Seperti diduga…satu pilihanraya kecil (PRK} perlu diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau,Negeri Sembilan dalam masa terdekat.
 
Ini bila pada Jumaat Mahkamah Tinggi di Seremban memutuskan kemenangan tanpa bertanding bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat ekoran petisyen calon PKR , Dr S Streram yang pencalonanya ditolak SPR kerana ttidak memilik pas masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon 28 April lalu.
 
Hakim Datuk Azimah Omar yang membuat keputusan itu kata tidak wujud sebarang undang-undang dan peraturan pilihan raya yang menyatakan 'tag' nama atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk masuk ke dalam dewan penamaan calon bagi mengemukakan borang penamaan.
 
Katanya PRK perlu diadakan serta-merta dikerusi DUN itu.
 
Kini soal PRK itu terletak atas budibicara Mohamad Hasan samaada beliau hendak membuat rayuan atas tidak keatas keputusan mahkamah itu.
 
Katanya beliau akan berbincang dengan peguamnya samaada hendak kemuka rayuan atau tidak dalam tempoh 14 hari.
 
Jika PRK diadakan dikerusi DUN itu ia dijangka merupakan PRK paling menarik dan panas sekali.
 
Senang cakap ia adalah medan ‘perang besar’ antara BN dan Pakatan Harapan.
 
Suasananya tentu berbeza sekali dengan empat PRK yang sudah diadakan sejak PRU14 pada 9 Mei lalu.
 
Empat PRK berkenaan ialah untuk kerusi Parlimen Port Dickson,Negeri Sembilan kerusi DUN Sungai Kandis,Seri Setia dan Balakong di Selangor.
 
Semuanya adalah kerusi Parlimen dan DUN di kubu kuat Pakatan Harapan.
 
Sebaliknya kerusi DUN Rantau adalah kubu kuat BN.
 
Lebih menarik dari itu Mohamad Hasan yang akan bertanding mempertahankan kerusi itu kini adalah Timbalan Presiden UMNO.
 
Beliau adalah penyandang kerusi itu sejak PRU tahun 2004.
 
Pada PRU berkenaan beliau menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.
 
Mohamad Hasan mengekalkan rekod cemerlang dengan menewaskan calon wanita PKR, Aishah Lamsah, dua kali berturut-turut iaitu pada PRU-12 dan PRU-13, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi
 
Jumlah pengundi DUN Rantau ialah seremai 20,472.Pecahan pengundi mengikut kaum ialah  Melayu 53.43%, Cina 18.81%, India 27.01%,lain-lain 0.75%
 
Rantau adalah sebuah bandar kecil di dalam daerah Seremban namun berada di bawah Parlimen Rembau.
 
Pekan kecil lain yang terletak berhampiran Rantau antaranya ialah Kuala Sawah, Siliau, Kampung Sega, Linsum, dan Ayer Kuning.
 
UMNO baru baru ini sudah pun menubuhkan jentera PRK DUN Rantau sebagai persiapan kemungkinan ada PRK di situ.- 16/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 267  tetamu dalam talian