20Julai2019

Bersih: Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah orang pertama didakwa langgar perintah mahkamah

azmin1yyyKEMASKINI: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah R. Tangam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di perkarangan Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Tangam, 50, seorang bekas tentera juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.

Bernama melaporkan Tangam didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang. Dia merupakan orang pertama yang didakwa atas kesalahan itu.

Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.-3/5/2012




Penahanan lelaki tepi Azmin di Dataran Merdeka mungkin boleh ‘buka cerita’

Polis mungkin akan dapat gambaran sebenar kisah signal antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menjelang rempuhan Dataran Merdeka Sabtu lalu ekoran penahanan Ketua cabang PKR,Rasah,R Thangam.

Ini kerana lelaki India itu ialah orang yang kelihatan berdiri tepi Azmin dan kemudiannya membuka pagar besi penghadang dalam video insiden berkenaan yang tersebar di internet.

Sumber-sumber PKR sendiri mengesahkan Thangam memang rapat dengan Azmin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan Selasa memberitahu polis telah menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan bagi membantu siasatan bersabit kejadian di Dataran Merdeka pada Sabtu lepas.

Tanpa menyebut namanya beliau memberitahu lelaki yang berusia 50 tahun itu direman sehingga Khamis ini.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana khianat berlaku dalam kekacauan," katanya.

azmin2yyy

GAMBAR DIATAS SEKALI - THANGAM BERDIRI DAN BERSORAK DI SEBELAH AZMIN.

GAMBAR KEDUA INI - THANGAM SEDANG TUNJUK JARI PADA AZMIN SEOLAH MINTA KEBENARAN BUKA PAGAR PENGHADANG....JUGA KELIHATAN ANWAR DI HUJUNG ATAS KENDERAAN PICKUP




Naib presiden PKR N Surendran dipetik sebagai berkata Thangam ditahan di kediamannya di Seremban Isnin malam.

Sementara itu tinjauan wartawan Agendadaily dikalangan sebilangan rakan-rakan yang melihat video signal Anwar-Azmin itu yakin rempuhan berkenaan yang mencetuskan kekecohan masa himpunan Bersih di Dataran Merdeka bermula dari signal berkenaan.

Menurut mereka dalam video itu jelas menunjukkan Thangam angkat pengadang sejurus Azmin dapat signal dari Anwar.

Waktu itu Thangam berdiri betul-betul tepi Azmin.

Kelihatan jelas dalam video itu selepas Azmin mendapat signal dari Anwar...Thangam tunjuk jari seolah minta kebenaran Azmin melakukan sesuatu, lalu dia pun terus buka penghadang dan diikuti dengan rempuhan masuk ke kawasan Dataran Merdeka.

Bagi mereka jika betul seperti dakwa Azmin beliau tidak terlibat dalam rempuhan itu mengapa beliau tidak menyekat Thangam dari membuka panghadang itu.

Dalam sidang akhbar di pejabat PKR Isnin,Azmin berdalih kononnya balasan sginalnya pada Anwar tanda beliau nak pergi berunding dengan polis.

Soalnya apa yang berlaku sejurus itu layakkah dikata lagak seseorang macam nak pergi berunding? 

Atau mungkin - dari sudut jenaka - Azmin nak bawa seluruh gerombolan peserta himpunan pergi berunding dengan polis dalam kawasan Dataran Merdeka. 

ia dikira jawapan yang amat buta perut tak masuk akal langsung dan seolah semua orang bodoh sangat.  

azmin3yyy

THANGAM TERUS MEMBUKA PENGHADANG SEJURUS ITU....AZMIN DEKAT SEKALI DENGANNYA...MUSTAHIL TIDAK NAMPAK...JADI MENGAPA TAK SEKAT THANGAM....UNTUK MELIHAT RENTETAN JELAS LIHAT PADA VIDEO BERKENAAN DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY

 Kata salah seorang dari rakan itu  ,“Azmin dan Anwar nak main drama apa…dia orang ingat semua orang buta dan bodoh macam penyokong taksub mereka tu sampai  tidak kenal gerak langkah mereka seperti yang jelas ditunjuk dalam video itu,

Pleaselah jangan buat-buat bodoh…Azmin cuba jawab mengapa tidak sekat Thangam,sedangkan dia sah nampak Thamgam membuka penghadang itu.

“Ada masa awak boleh tipu... tapi dalam bab ini semua orang boleh nilai dari apa yang dilihat dalam video itu.

“Bagi saya video itu jelas menunjukkan Anwar dan  Azmin bertanggongjawab,”katanya.

Dia menilai apa yang dilihatnya dalam video itu adalah aksi yang paling tidak bertanggongjawab oleh dua pemimpin pembangkang ini.

"Bagus mereka kena cekup red handed begitu....baru orang boleh kenal siapa mereka sebenarnya.

“Bagi saya nawaitu dan motif mereka jelas sekali untuk meraih keuntungan politik dari kekecohan perhimpunan itu…saya harap sangat polis bertindak tegas kali ini agar ia menjadi satu pengajaran tanpa pedulikan siapa mereka.

“Mereka ini sudah besar kepala bila melihat ramai yang datang untuk menyertai perhimpunan itu.Mestilah besar kepala dan rasa macam diri kebal kerana ada sokongan,”katanya.

Apapun ada perumpamaan popular yang patut sentiasa menjadi ingatan....sepandai pandai tupai melomoat ...akhirnya jatuh ke tanah jua -1/5/2012


 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 276  tetamu dalam talian