19Ogos2019

Azalina 'meletup' di Parlimen: Dakwa peserta hijau anti RAPID dibayar RM30

aza-discxxKEMASKINI: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman betul-betul lepas geram dan pulang paku buah keras kepada pembangkang yang masih mahu jadikan projek RAPID, modal politik mereka.

Mesej yang beliau sampaikan kepada pemimpin pembangkang ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, pada Khamis, “Jangan masuk kawasan orang tabor fitnah’.

“Apa yang pembangkang nak perjuangkan?. .dulu masa minyak tumpah, tujuh nelayan ditahan dalam perairan dan dibawa lari ke Batam (Indonesia), mana Kubang Kerian (Ssalahudin Ayob) ?...saya yang ke Batam selesaikannya,” tegas Azalina.

Beliau hentam cukup-cukup Salahuddin yang cuba jadi hero isu RAPID termasuk adakan perhimpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit, Ahad lalu semata-mata nak capai impian jadi Menteri Besar Johor.

Tambahnya lagi, ada pulak yang sedap-sedang cakap soal rasuah dan tuduh beliau tak perjuangkan rakyat.

“Jangan samakan kami (kerajaan) dengan kamu (pembangkang). Tiap bulan buat perhimpunan tapio yang datang orang luar. Timbul cerita pasal ular, tak pernah orang saya nak buat (lertak ular nak takutkan peserta perhimpunan),”.

“Timbul juga cerita saya tak datang walau dijemput..bila masa? Hantar la surat, saya tidak takut. Saya ajak Kubang Kerian berbahas tapi takut pulak,” tegasnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengingatkan pihak terbabit jangan masuk kawasan lain tabur fitnah.

“Jangan menipu, letak orang luar (peserta himpunan Hijau) bagi RM30. Saya cerita apa orang cerita,” ujar beliau.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bangun meminta laluan untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan mentyebabkan kedua-dua mereka terus ‘bertikam lidah’.

“Saya tak bagi (laluan mencelah), saya nak jawab. Saya cakap pasal Pengerang bukan pasal parti,” katanya membidas Naib Presiden PKR itu.

Nurul Izzah yang tidak berpuashati enggan duduk dan terus bercakap antaranya meminta Azalina melaporkan perkara itu kepada polis.

Azalina terus berhujah dan meminta Salahuddin jangan lagi sibuk-sibuk pasal RAPID.

Terdahulu pada awal perbahasan beliau menjelaskan tujuan projek RAPID yang beri mkanfaat kepada banyak pihak dan amat penting kerana perairan tempat projek itu adalah laluan utama kapal petroleum dan gas kerana kedalamannya. -4/10/2012- OLEH ROSLAN BIAN


Kata dua Azalina pada Malzan Aliman...minta maaf atau hadapi saman

Ini buktinya....Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman tidak main omong kosong apabila pada sidang media di parlimen, Selasa, mengumumkan akan menyaman Mazlan Aliman sekiranya AJK Pusat itu tidak meminta maaf secara terbuka kerana memfitnahnya pada Perhimpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit Ahad lalu.

Dalam ucapannya pada perhimpunan itu Mazlan telah menuduh Azalina bertemu Perdana Menteri dan merayu supaya projek loji minyak dan gas RAPID dibawa ke Pengerang.

Mazlan turut menuduh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor menerima rasuah daripada Kumpulan Dialog berhubung projek berkenaan.

"Kenyataan beliau berniat jahat dan dibuat di kawasan parlimen saya. Saya terkilan sebab saya sudah menang tanpa bertanding dua penggal dan tak pernah melakukan sesuatu yang mengetepikan pandangan rakyat," katanya yang turut tunjuk pada wartawan VCD rakaman himpunan itu sebagai bahan bukti.

mazlan-aliman-xxx

Menurut Azalina beliau hanya bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas projek RAPID diumumkan.

Katanya dalam pertemuan itu beliau telah berbincang dan mencadangkan supaya diwujudkan satu tempat khusus untuk melatih generasi muda, iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta mewujudkan sebuah bandar baharu FELDA. Menurutnya, Perdana Menteri telah bersetuju dengan kedua-dua cadangan itu.

"Malah dalam ucapan Bajet 2013 Perdana Menteri telah memaklumkan IKBN di Bandar Penawar akan melatih 300 pelatih pertama dalam industri gas dan minyak di mana pusat latihan itu akan bekerjasama dengan Petronas.

Perdana Menteri juga bersetuju mewujudkan bandar baharu FELDA memandangkan 70 peratus penduduk Pengerang adalah orang FELDA kerana ia akan memberi manfaat kepada generasi muda," katanya.

Azalina berkata tuduhan Mazlan yang dibuat di atas pentas di hadapan rakyat Pengerang adalah berniat jahat dan beliau  telahpun mengarahkan peguam untuk mengkaji ucapan pengerusi ANAK itu.

"Saya ada video dan teks ucapan beliau dan telah dimaklumkan oleh peguam bahawa saya memang ada kes. Saya telah arahkan peguam saya untuk menuntut Mazlan meminta maaf secara terbuka dalam masa terdekat, dan kalau tidak, saya akan saman dia bersama Harakahdaily dan mana-mana portal atau surat-khabar yang menggunakan ucapan beliau," katanya.

"Sebagai pembangkang dia (Mazlan) ada hak memprotes mana-mana projek kerajaan kerana Perdana Menteri telah memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia sebab ia dalam lingkungan undang-undang. Tetapi janganlah sampai seronok sangat nak berucap sampai dia menuduh membuta tuli Saya yakin niatnya ialah untuk memburukkan imej saya sebagai Ahli Parlimen. Ungkapan yang dibuat olehnya bagi saya memang dengan niat dan objektif mewujudkan seolah-oleh saya tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu dalam isu RAPID.

"Saya bukan ahli lembaga projek Petronas. Saya bukan ahli lembaga Kumpulan dialog atau JPDC (Johor Petroleum Development Corporation). Saya hanyalah Ahli Parlimen Pengerang, merangkap Ketua UMNO Bahagian. Tuduhan beliau memang "mala fide" iaitu berniat jahat dan saya akan menyaman kalau dia dan Harakahdaily, serta mana-mana web portal yang menyiarkan ucapan Mazlan jika dia tidak meminta maaf," kata Azalina.

aza-pcxxx

Azalina juga mencabar Mazlan menunjukkan dokumen yang didakwanya ada pada tangannya. "Saya nak tengok apa dalam dokumen itu yang mengatakan saya bertanggungjawab. Semua orang boleh angkat dokumen. Saya mahu dia bertanggungjawab sebagai pemimpin pembangkang dan jangan main cakap sedap mulut."

Mengulas tindakan Mazlan yang turut melontarkan tuduhan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor melakukan rasuah, Azalina berkata jika Mazlan mempunyai bukti dia seharusnya melaporkannya kepada SPRM atau Polis.

"Kita ada SPRM dan polis. Kalau dia ahli politik yg berhemah dan betul-betul ada bukti, dia kena jadi anak jantan. Jangan main cakap dan baling batu sembunyi tangan. Jangan main tuduh-tuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama Menteri Besar, Exco, ADUN dan Ahli Parlimen hanya kerana nak tarik perhatian dan sokongan rakyat," katanya.

Mengenai dakwaan aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang mendakwa kereta mereka dan penyokong dipecah cermin, disimbah asid dan ditoreh tayar, Azalina mempersoalkan mengapa mereka tidak membuat laporan polis.

"Selama dua penggal saya jadi wakil rakyat, saya tahu orang Pengerang tak ganas macam itu. Saya nak tanya kenapa bila dia turun aja benda ini berlaku? Kenapa tak buat laporan polis? Saya dimaklumkan tidak ada satu laporan polis pun dibuat. Mereka seolah-olah nak wujudkan simpati rakyat Malaysia dan pengundi Pengerang.

"Kalau nak bertanding, buatlah atas platform pilihanraya. Apa yang nak ditakuti? Jadilah wakil rakyat, bertanding di DUN atau Parlimen. Jangan baling batu sembunyi tangan, Bagi saya itu lebih daripada dayus.

Azalina berkata pada perhimpunan hijau minggu lalu, ramai daripada peserta adalah orang luar dan bukan Melayu. Katanya penduduk Pengerang berjumlah 30,000 orang dan jumlah yang hadir pada perhimpunan itu ialah 3,000, kebanyakannya orang luar dan ia boleh dianggap golongan minoriti.

Agak kelakar apabila seorang wartawan portal pro-pembangkang bertanya kepada Azalina mengapa dia tidak mahu mendengar pandangan golongan minoriti itu. Azalina membuatnya terkedu apabila menyarankan wartawan itu untuk memahami konsep demokrasi.

"Awak tidak boleh mentafsirkan, apabila golongan minoriti bersuara, mereka sebenarnya menyuarakan pendapat majoriti. Indikasi yang menunjukkan bahawa suara majoriti menjadi penentu keputusan dinilai menerusi kotak undi. Sama ada projek ini bagus atau tidak, ia ditentukan oleh golongan majoriti. Awak cuba mengatakan golongan minoriti mempunyai kuasa untuk menolak sebuah projek besar - itu tidak adil.

"Ambil contoh Pulau Pinang di mana kerajaan negeri membuat banyak projek besar. Di sana BN adalah parti minoriti. Ramai wakil UMNO dan Gerakan di sana menentang beberapa projek pembangunan, tetapi kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan juga projek itu kerana mereka kata mereka mempunyai kuasa berdasarkan keputusan pilihanraya. Jadi, keputusan yang dibuat adalah prerogative parti memerintah, sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Awak mesti memahami konsep demokrasi. Awak mesti memahami konsep wakil rakyat. Pada ketika ini wakil rakyat yang memerintah kerajaan ialah BN berdasarkan kepada undi yang diterima. Sekiranya mereka melakukan sesebuah projek pembangunan, awak mesti benarkan program itu diteruskan sehinggalah pemerintahan bertukar. Awak memaksa suara minoriti mengatasi suara majoriti tanpa mengikut prosedur yang betul, iaitu keputusan peti undi.

"Saya sebagai wakil rakyat dipilih majoriti, sudah menjelaskan, kami percaya projek ini bagus untuk rakyat dan sebagai Ahli Parlimen saya akan meyakinkan rakyat ianya bagus. Kerajaan sentiasa konsisten mendahulukan rakyat.

"Awak cuba memberitahu saya bahawa satu kumpulan 3,000 orang datang ke Pengerang dan majoriti daripada jumlah itu adalah orang luar. Awak fikir adakah ia adil untuk orang luar meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada projek kerajaan? Adakah awak fikir ia adil? Sesiapapun boleh berhimpun dan meluahkan rasa tidak puas hati, tetapi akhirnya, keputusan terletak kepada peti undi. Awak mesti adil kepada parti pemerintah. Apa yang berlaku sekarang awak cuba memaksa parti memerintah untuk menerima keputusan minoriti? Saya rasa ia tidak adil," katanya. - 2/10/12 -OLEH NOOR HASILAH ISMAIL







Tak sudah sudah..macam macam pembohongan dihambur di Himpunan Hijau bantah projek RAPID

Dimana saja ada projek besar yang akan beri impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi setempat di situ mereka datang nak buat kecoh.Lepas kacau Lynas di Kuantan,kemudian Raub ...pagi Ahad mereka berhimpun di  Sungai Rengit di Pengerang, Johor.

 Sekitar 3,000 geng pembangkang,kebanyakan orang Cina dari  luar sertai Himpunan Hijau di Dataran Sungai Rengit kononnya untuk membantah impak alam sekitar  projek loji minyak dan gas Petronas RAPID bernilai RM60 billion.

rapid2xx
 
Antara bos pembangkang yang turun untuk konon jadi hero penduduk Pengerang ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub,Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mazlan Aliman,orang kanan PKR Datuk Chua Jui Meng dan aktivis pembangkang Hishamuddin Rais.
 
Apapun sasaran mereka hendak menghimpunkan 20,000 di situ nyata gagal.
 
Namun untuk cover kegagalan itu penganjur main hentam umum antara 7,000 hingga 8,000 orang hadir.
 
Dari pemantaun jelas sekali kebanyakan yang datang adalah mereka dari luar kawasan.
 
Pembangkang mengharapkan perhimpunan seperti ini akan bagi markah politik untuk mereka pada pilihanraya umum ke 13.
 
Pada perhimpunan bermula 10 pagi dan berakhir 11.45 pagi itu  pelbagai temberang dihambur  untuk api-apipkan penduduk di kawasan hujung Selatan Johor menentang projek berkenaan.
 
Selain alasan alam sekitar dan tidak puashati jumlah pampasan mereka membuat dakwaan melulu termasuk kerajaan negeri Johor terima rasuah dari syarikat Dailog yang terlibat projek berkenaan.
 
Ahli Parlimen Barisan Nasional kawasan Pengerang,Datuk Azalina Othman Said juga dijadikan sasaran kononnya beliau tipu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada bantahan untuk projek berkenaan.
 
Paling memualkan penganjur mendakwa kononnya beliau dijemput sama menghadiri perhimpunan itu.

rapid1xx

GAMBAR- KERUSI YANG DIDAKWA DISEDIAKAN KHAS UNTUK AZALINA

 
Ketika dihubungi Azalina kata ' Pembohong besar...tiada sebarang jemputan rasmi dihantar pada saya'.
 
Selain kesal dengan sikap pembangkang untuk cetus sensasi beliau sudah set hendak saman  Ahli Jawatankuasa PASA Pusat Mazlan Aliman yang buat pelbagai dakwaan bohong dalam ucapannya di perhimpunan itu termasuk tipu Perdana Menteri.
 
Sebilangan penduduk Pengerang yang tertawa melihat gelagat peserta himpunan itu.
 
Bagi mereka projek RAPID itu pasti akan membawa pelbagai impak ekonomi di kawasan pedalaman iotu.
 
"Sudah tidak ada modal...projek yang bagi peluang pekerjaan dan bangunan kawasan ini hendak dibantah.Kita faham mungkin ada sikit sebanyak masalah dari segi tuntutan pampasan dan sebagainya.
 
"Itu semua masalah kedcil yang boleh diatas melalui rundinmgan.Ini mereka nak main pukul hentam  semua tipu,rasuah,rakyat sini ditindas dan segala macam dakwaan lain.
 
"Kalau ikut pembangkang kita semua kena duduk dalam hutan.Jangan ada pembangunan.Mereka tentu senang hati negara tidak maju.Lynas protes...sini protes...bodoh sangat ke kami nak ditipu oleh gelagat pembangkang yang standard ini"kata salah seorang  dari mereka.- 30/9/2012- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL





Pembangkang tak sekata dalam isu RAPID

Minggu lepas pada sidang media di parlimen, Naib Presiden PAS, Salahduddin Ayob memberitahu pemberita bahawa PAS tidak membantah projek RAPID Pengerang,  tetapi pada perhimpunan Hijau di Sungai Rengit pada Ahad, Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng melaungkan jika Pakatan menang PRU ke-13, mereka akan tolak projek itu. DAP awal-awal lagi sudah menentangnya.
 

Jadi, cakap siapa yang nak kita percaya? Pastinya cakap Jui Meng sebab katanya dia datang dan bercakap mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waimanya, ternyata berhubung isu RAPID pendirian Pembangkang ternyata kucar-kacir!
 

"Mereka sebenarnya bukan mahu memperjuangkan penduduk Pengerang, tetapi menjadikan perhimpunan itu sebagai topeng untuk berkempen bagi pilihanraya akan datang. Mereka guna perhimpunan untuk membururukkan imej Barisan Nasional (BN) di mata masyarakat tempatan dan dunia," kata Azalina ketika dihubungi menerusi telefon.
 

Azalina menganggap Salahuddin dan Jui Meng sebagai pemimpin yang tak tahu malu dan hanya pandai bercakap berkobar-kobar di khalayak ramai, tetapi apabila diajak berdebat dengannya takut pula.


"Dulu saya ajak Jui Meng berdebat apabila di parlimen dia dakwa projek RAPID boleh akibatkan kanser, tapi dia tak mahu, dan saya dimaklumkan pada perhimpunan hijau ini dia beritahu orangramai dia tak sudi bahas dengan saya tetapi nak bahas dengan Perdana Menteri.
 

"Salahuddin pula sebelum ini tolak cabaran saya dan bagi alasan nak berdebat dengan Menteri Besar Johor. Baik Salahuddin mahupun Jui Meng sebenarnya bukan pemimpin politik. Pemimpin selalunya bercakap benar. Saya nak tergelak apabila mereka laungkan konon 20,000 akan berhimpun tapi menurut laporan polis, 3,000 aja yang hadir," kata Azalina.
 

Azalina terkejut apabila diberitahu bahawa penganjur perhimpunan umum mereka telah menjemputnya menghadiri Perhimpunan Hijau, malah siap menyediakan kerusi istimewa untuknya. Menurut Azalina dia tidak menerima sebarang jemputan, baik di parlimen mahupun di Pengerang.
 

"Bila masa pula mereka jemput? Sidang parlimen mula sejak Isnin lalu dan tidak ada orang datang jemput saya. Bila saya balik Pengerang pun tak ada orang hantar jemputan. Mereka sibuk anjurkan Bersih, tapi pelawaan tak bersih. Janganlah nak tipu rakyat sampai putar belit fakta. Ini gimik politik untuk memburukkan wakil rakyat BN. Dari dahulu, pemimpin pembangkang dari peringkat atas sampai bawah cakap bohong," katanya lagi.
 

Azalina menganggap dakwaan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bahawa dia ada bertemu Perdana Menteri dan merayu supaya projek RAPID dibawa ke Pengerang, sebagai fintah. Azalina lagi terkejut apbila Mazlan turut menuduh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor menerima rasuah daripada Kumpulan Dialog berhubung projek RAPID.
 

"Mazlan itu memang suka kena saman. Saya akan hubungi peguam saya untuk mendapatkan laporan rasmi sebelum tindakan lanjut dibuat. Dia kalau nak jadi orang politik, jadilah yang berhemah dan bercakap ikut bukti yang sahih. Jangan cakap ikut sedap mulut sebab nak popular," katanya.
 

Azalina berkata dia pelik mengapa Pembangkang nak menyerang projek RAPID seolah-olah di Malaysia projek seumpama itu belum pernah dibuat. Katgnaya porjek yang dibuat di Rapid adalah sama dengan yang dibuat di Terengganu dan Melaka.
 

"Kenapa pembangkang tak bantah projek di Terengganu dan Melaka dulu? Ternyata niat mereka ialah untuk menyamakan projek RAPID dengan Lynas," katanya.


Pada perhimpunan hijau berkenaan, anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan, Clement Gan berkata Singapura bimbang dengan kerosakan alam sekitar di Pengerang kerana ia akan menjejaskan negara tersebut. Mungkin dia tak tahu bahawa Singapura adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang mewujudkan hab minyak dan gas di Jurong. - 30/9/12.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 247  tetamu dalam talian