21September2019

Pembangkang boleh 'auta', tapi ini fakta BN buat kerja...

kesihatanPembangkang boleh 'auta' atau tabur janji apa sahaja, tetapi hakikatnya kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan antara RM14 bilion dan RM16 bilion setahun untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya peruntukan itu menampung kira-kira 98 peratus kos perkhidmatan kesihatan dan kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan untuk rakyat jelata.

"Dengan peruntukan ini rakyat boleh mendapat perkhidmatan kesihatan dengan bayaran semurah RM1," katanya pada Majlis Malam Bersama Menteri Kesihatan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Yee Kuala Lumpur.

Majlis, yang dianjurkan bersama MCA Bahagian Wangsa Maju dan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India itu, dihadiri lebih 1,000 orang.

Liow berkata kecekapan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kepada rakyat telah mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara lain.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, komitmen kerajaan BN kepada kesihatan rakyat termasuk di kawasan pendalaman ditunjukkan selepas penduduk Kinabantangan Sabah akan menikmati perkhidmatan klinik bot 1Malaysia selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Sebelum ini, penduduk berhampiran Sungai Baram di Marudi, Sarawak , telah menikmati kemudahan serupa April lalu.

klinikbotTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya kini dalam proses untuk merealisasikan perkhidmatan klinik bot Sungai Kinabatangan, yang mensasarkan penduduk kampung di sepanjang pinggir sungai itu dan kawasan Sukau.

"Kami tidak mempunyai satu rangka masa... diharapkan pada penghujung tahun tetapi kami harap lebih awal dari waktu itu," katanya.

Seperti klinik bot pertama di Marudi, Rosnah berkata bot bagi perkhidmatan di Kinabatangan itu akan dibiayai Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Untuk perkhidmatan itu, kita tempatkan seorang doktor, yang dibantu oleh beberapa petugas lain seperti pembantu perubatan, jururawat am, doktor gigi dan ahli farmasi," katanya.

Katanya satu lagi perkhidmatan klinik bot telah dikenal pasti di Sarawak, iaitu untuk Sungai Rejang.

Dalam lawatan pada Khamis, Rosnah ditemani Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Mohd Yusof Ibrahim dan pengarah QEH Dr Zuraidah Ahmad Babji.

Ketua Pegawai Eksekutif BTC Bhd Abdul Kadir Sikkandar yang menyerahkan sumbangan kuih raya dan bendera sempena bulan Merdeka kepada para pesakit, berkata ini merupakan acara tahunan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dan pada minggu lalu, lawatan serupa dilakukan di premis QEH2 dan Hospital Likas.-25/8/2011

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 165  tetamu dalam talian